Ambil pendekatan bahawa kita tidak meraikan perayaan mereka. Tetapi kita meraikan hak mereka sebagai seorang jiran, haknya sebagai seorang sahabat, haknya sebagai salah seorang kaum keluarga (Bagi yang mualaf). Berbuat baik kepada mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Alhamdulillah, meskipun jiran kami di sebelah kiri dan kanan rumah berbangsa India; belakang rumah pula Cina; namun nilai setiakawan cukup erat.
Jiran inilah yang menjadi 'pengawal', mata dan telinga sewaktu kami suami isteri keluarga bekerja. Sewaktu kami pergi umrah, sewaktu saya outstatio...mereka tolong perhatikan keadaan rumah dan kadang kala tolong bersihkan rumput dan pokok di hadapan pagar rumah. Pokok mangga kami yang dahulunya umpama segan hidup, mati tak mahu; makin subur menghijau apabila sering dibaja oleh Uncle Dason.
Kami sekeluarga berdoa agar Allah bukakan hati Uncle Dason sekeluarga serta Dr Raymund sekeluarga untuk Islam satu hari nanti. Buah tangan dari mereka sekeluarga untuk kami tidak pernah putus terutamanya Dr Raymund yang sering menghadiahkan buahan2x tempatan kepada kami. InsyaAllah, hidayah Allah pasti akan jadi milik mereka satu hari nanti.
No comments:
Post a Comment