Waktu cuti sekolah ini, jalan ke tempat kerja cukup lengang. Maklumlah cuti....Ada ibubapa yang ambil cuti panjang membawa anak-anak balik kampung, pergi melancong dan tak kurang juga yang mencari pelbagai tempat untuk anak-anak menghadiri program /bengkel motivasi.
Bagi ibubapa yang tidak mempunyai cuti dan sibuk bekerja usah kita lupa dimana anak-anak kita.... Jika anak-anak kita dirumah, adakah rutin hariannya menonton TV 24jam? Jika anak kita keluar rumah, ke mana hala tujunya?Jika anak kita ke rumah kawan-kawan apa aktivitinya? Jika anak kita ke cyber cafe apa programnya? Jika anak kita pergi tuition, apa subjeknya hari tersebut? Jika anak kita ke kedai, apa yang dibelinya?
Risau juga musim cuti sekolah ini kerana takut masa anak-anak terbuang begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara yang berfaedah. Jika anak-anak berada dirumah terutamanya anak-anak yang telah remaja, bagilah tugasan setiap hari supaya dia merasakan masanya terisi dan bila hasilnya menjadi, berilah ganjaran kepada anak-anak2.
Sebagai contoh katakan "Hari ni ayah nak minta tolong abang dan kakak bersihkan longkang sekeliling rumah".Bila balik rumah kita tengok longkang dah bersih...REWARD anak-anak dengan bawa pergi makan atau belikan sesuatu yang mereka suka.
Next day katakan "Hari ini ayah nak minta tolong abang dan kakak bersihkan stor dan rak kasut". Bila balik rumah, jika kerja tersebut telah dilaksanakan...pujilah mereka dan sebagai ganjaran bawa anak-anak bercuti dihujung minggu.
Bagi pendapat saya, IBUBAPA harus mainkan peranan penting dalam melatih anak-anak untuk ada rasa tanggungjawab diusia yang masih kecil . Latih mereka untuk membuat perkara yang sukar meskipun mereka hidup dalam suasana yang senang. Jenguk-jenguklah anak kita di musim sekolah ini....Usah biarkan mereka dengan dunia mereka.
1 comment:
salam,
Isikan masa anak-anak kita dengan aktiviti jemaah
Post a Comment