Monday, December 28, 2009

LAGI PROGRAM AMAL PAS REMBAU


26 Disember 2009 (AHAD), ADUN Paroi telah menyerahkan sumbangan persekolahan berupa beg dan alatan persekolahan kepada 10 orang pelajar sempena Program Cuci Kereta, Jualan Amal dan Khidmat Kesihatan PERCUMA bagi mengumpulkan dana “JOM SEKOLAHKAN MEREKA MUSIM KE-2” anjuran PAS Kawasan Rembau. Dalam program berkenaan, 25 buah kenderaan telah dicuci dan lebih 65 orang penduduk setempat di Bandar Seremban Selatan telah mendapatkan Khidmat Kesihatan PERCUMA. Objektif utama program tersebut adalah untuk mengumpulkan dana bagi membantu pelajar yang mememerlukan bantuan persekolahan bagi sesi 2010 yang akan datang. Bantuan yang bakal disalurkan kepada pelajar dibahagikan kepada 3 fasa iaitu Fasa pertama- penerima alatan persekolahan seperti pakaian, beg dan alat tulis, Fasa kedua- penerima bantuan buku-buku tulis dan Fasa Ketiga- penerima bantuan yuran persekolahan.

Pihak PAS Kawasan Rembau telah mengenalpasti lebih kurang 70-80orang pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan seperti anak yatim, pelajar miskin dan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung dan mempunyai tanggungan yang ramai.
Untuk siri yang seterusnya pihak Muslimat PAS Kawasn Rembau akan melaksanakan jualan ROTI BAKAR PANAS dengan kupon berjumlah RM2 pada malam tahun baru sempana D’ AMBANG TAHUN BARU 2010 & 1431H yang bakal diadakan di Dataran Senawang. Orang ramai yang ingin membeli kupon sambil beramal dialu-alukan hadir ke program malam tersebut atau menghubungi Pn Norwani 013-3851202 / Pn Fauziah 013-7779328 untuk mendapatkan kupon berkenaan.

Marilah kita sama-sama membantu mereka agar tahun baru yang menjelang memberi azam baru kepada pelajar-pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita-cita di medan ilmu. Maklumat lanjut program SEKOLAHKAN MEREKA di http://pasns.blogspot.com/2009/11/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

No comments: