Alhamdulillah, selepas hampir 10 tahun; Allah SWT menemukan semula aku dengan sahabat / rakan sebilik /sekampus sewaktu tahun pertama di UKM dulu. Rahayu Abdul Rahman atau lebih ku kenali sebagai Ayu merupakan sahabat karib semasa dikampus. Kami sebilik sejak hari pertama menjejakkan kaki di UKM.
Kami sama2x datang dari keluarga yang susah dan sepanjang 3 tahun di UKM, banyak cerita suka duka kami tempuhi bersama. Bila Ayu bercadang datang ke rumah bersama anaknya pada Jumaat lepas, hatiku cukup ceria dan gembira. Maklumlah sahabat lama. Lagipun tidak pernah dapat bersua muka dengan anak Ayu yang hampir sebaya dengan anakku. Dalam ziarahnya ke Melaka, Ayu sempat bermalam di rumah dan banyak cerita yang dikongsikan bersama.
Semasa berada di UKM, kami bersama-sama mengikat perut dan hampir setiap hari kami berkongsi makanan bersama. Jika Ayu beli nasi pada thari, makan kami akan share 1bungkus nasi bersama. Begitulah juga pada sebelah malam. Bila tiba turn aku yang membeli makanan, maka 1 bungkus akan di share bersama. Bila ada kuliah, kami selalunya makan di sebelah malam sahaja dan berkongsi 1 bungkus nasi. Kami juga turut berkongsi membeli komputer bersama... Selama 3 tahun di kampus, kami bukan setakat berkongsi makan dan peralatan belajar sahaja malahan turut berkongsi masalah dan perasaan. Begitulah hari2x yang dilalui oleh aku dan Ayu sehingga tamat 3 tahun sesi pengajian di UKM. Banyak kenangan pahit manis ditempuhi bersama dan kami sama2 mencari duit belanja untuk menampung perbelanjaan sesi kuliah. Antaranya kami pernah sama2x menaiki motor untuk mengajar tuisyen anak penyarah di Teras Jernang. Kami juga pernah jual kurma pada bulan Ramadhan.
Kini semuanya telah berlalu dan masing2x telah berjaya dalam profesion pekerjaan. Ayu suami isteri kini bergelar guru dan aku bangga dapat mengenali Ayu, anak kelahiran Jitra Kedah ini. Bukan setakat mengenali Ayu malahan seluruh ahli keluarganya ku kenali kerana aku pernah bertandang ke kampung halaman aku ketika di UKM dahulu.
Sering aku berdoa semoga Allah memudahkan urusan Ayu di dunia dan di akhirat dimana dia banyak memudahkan urusanku ketika kami sama-sama menuntut dahulu. Meskipun tidak dapat menolong dengan wang ringgit, budi bahasanya, sifat kasihnya, kelembutannya dan keprihatinannya amat sukar di cari ganti.
No comments:
Post a Comment