Thursday, December 3, 2009

PUJIAN HANYA UNTUKMU YA ALLAH....

I thank Allah for choosing Wani instead of other candidates. Glad to know that Wani has been of great help for the companies and of course our department. Hope you could also learn from her. Keep it up Wani!

You’re seriously damn good! Glad that you join us. Thanks for the assistance.

Alhamdulillah... MasyaAllah...Nauzubillah.....Aku menangis seketika sewaktu solat Zuhur tadi. Rasa takut dan gerun dengan limpahan nikmat dan sedikit ujian pujian. Mana ada insan yang tidak suka di puji tambahan pula menerima pujian daripada boss. Namun perlu diingat bahawa setiap pujian yang diterima haruslah dipulangkan semula kepada Allah. Siapalah diri kita tanpaNYA? Siapalah yang mengerakkan tangan kita jika bukan diriNYA.? Siapalah yang memberikan idea kepada kita dalam bekerja jika bukan diriNYA?Siapalah yang mampu menggerakkan anggota badan ini jika bukan diriNYA? Lantas siapa lagi yang paling layak untuk kita puji dan ucapkan terima kasih selain diriNYA.

Suami sering berpesan kepada saya supaya menjaga akhlak, amanah dan tingkahlaku ketika bekerja. Lebih-lebih lagi ditempat kerja baru dan diamanahkan dengan tugas pengurus...bukannya mudah untuk menguruskan sesuatu yang dinamakan MANUSIA. Risau sekiranya kita menjadi seorang yang sombong dan kufur dengan nikmat serta menzalimi insan lain. Lantaran, pesan suami JAGALAH HATI kerana segalanya bermula dengan HATI dan HATI adalah penghulu seluruh anggota. Di dalam hati itulah tersimpan semua asas akidah, akhlak,niat baik dan niat yang tidak baik. Selagi hati itu belum dibersihkan( disucikan ) dari sifat-sifat buruk dan tercela, serta menghiasinya dengan sifat-sifat yang baik dan terpuji, maka kita tidak akan merasakan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Asy-Syams Ayat 7 hingga 10 :
”Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengankelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanyakepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yangsedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat ). "
Banyak akhlak dan sifat-sifat yang tercela yang seharusnya kitahindarkan dari hati. Diantara penyakit-penyakit hati yang berbahayaialah sifat sombong. Sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh syaitan yang terkutuk.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 34 :
” Dan ( ingatlah ) ketika kami berfirman kepada malaikat : Tunduklah( beri hormat ) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tundukmemberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur danmenjadilah dia dari golongan yang kafir. “

Allah membenci hamba-hambaNya yang sombong sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Nahl Ayat 23 :
” Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidaksuka kepada orang-orang yang sombong takbur. “

Dalam surat Luqman 18, Allah juga berfirman :
” Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandangrendah ) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumidengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepadatiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. “

Rasulullah SAW pun bersabda :
” Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya terdapat sebesar atom dari sifat sombong. “

Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda- tandanya iaitu :
1. Merasa bangga melihat dirinya maju ( berjaya ) lebih dari orang lain.
2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3. Bila menghadiri majlis, minta dikedepankan.
4. Jika berjalan, bersikap angkuh.
5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
6. Tidak mengindahkan nasihat.
7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
8. Selalu menganggap dirinya benar dan tidak pernah salah.
9. Suka memuji-muji diri sendiri.

Aku berpesan kepada diri sendiri, anak2x dan kaum keluarga, seandainya kita menjadi orang yang paling bertakwa kepada ALLAH serta memiliki ilmu yang luas dan amat banyak amal ibadahnya, kemudian kita menyombongkan diri terhadap orang lain dan membanggakan diri atas kelebihan-kelebihan yang kita miliki,nescaya ALLAH akan menghapus ketakwaan kita dan membatalkan ibadah yang telah kita lakukan.

Rasulullah SAW bersabda :
” Barangsiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya, dan barangsiapa yang menyombongkan diri, nescaya Allah akan merendahkannya. “
Mudah-mudahan menjadi renungan kita bersama.

No comments: