Monday, June 15, 2009

Gelombang Hijau Di Daerah Beradat



Dah lebih setahun, buku yang ingin saya terbitkan tidak muncul juga. Tunggu punya tunggu, bukunya masih belum bercetak. Sedih juga kerana hasil nukilan tersebut terlantar lebih setahun. Semalam ketika program KKP, saya sempat bertemu dengan Ustaz Khairi. Minta pandangan Ustaz Khairi untuk bantu saya mencetak buku "Gelombang Hijau Di Daerah Beradat yang saya adaptasikan selepas kemenangan di Dun Paroi. Berikut merupakan isi kandungan dalam buku yang setebal 40-60 halaman.

  1. SALAM PERJUANGAN
  2. UNIKNYA REMBAU
  3. KEINDAHAN JEMAAH ISLAM
  4. KEPERLUAN KEPADA JEMAAH ISLAM
  5. FUNGSI JEMAAH ISLAM
  6. CABARAN KEMENANGAN
  7. ASAS KEMENANGAN
  8. UKHUWWAH
  9. PENGORBANAN
  10. IKHLAS
  11. KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN
  12. WALA’
  13. ‘ENGAGEMENT’ DENGAN MASYARAKAT
  14. KESIMPULAN
  15. NUKILAN RASA

InsyaAllah, moga Allh permudahkan urusan pengeluaran buku ini untuk membantu menjana dana Muslimat Rembau.
Meskipun hasil penulisan saya hanya tertumpu kepada peranan muslimat dalam menuju kemenangan, namun saya mengharapkan ianya dapat menjadi panduan dan motivasi kepada semua penyokong dan pendokong gerakan Islam untuk meneruskan perjuangan mereka.Nantikan Gelomban Hijau Di Daerah Beradat.

1 comment:

Mujahidah Fie Sabilillah said...

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ukht, ingin saya membalas post ukht yang kali ini.

Mungkinkah saya yang bersalah dalam keadaan ini. Lama menanti untuk turut sama membawa ukht ke penerbitan tersebut. Namun sampai kini belum laksananya.

Maaf kalau kerana saya, ukht jadi sedih akibat dari tidak terbitnya manuskrip itu menjadi buku.

Moga kemaafan ukht beri buat saya yang serba lemah ini.

Jazakillah.