Monday, June 15, 2009

AKU BUKAN AHLINYA....ISU PERPADUAN

Dalam muktamar PAS pusat yang lalu isu KERAJAAN PERPADUAN menjadi perbahasan yang hangat. Saya sendiri pun tak mahu berbincang panjang tentang perkara ini pabila ditanya oleh sahabat2x dan kawan2x sepejabat. Maklumlah saya bukan ahlinya yang terlayak untuk mengulas mahupun membincangkan secara terperinci perkara ini.

Bila saya rujuk semula apakah makna perpaduan? Apakah yang rigid sangat dengan istilah perpaduan. Perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. 'Perpaduan ialah 'penggabungan'. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi 'perpaduan' ialah 'permusuhan', 'kehancuran' dan 'perpecahan'.

Jadi, perpaduan yang dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu 'maaruf' manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu 'mungkar'. Dalam al-Quran Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud:

'Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.' (Surah Ali Imran : 104)

1 comment:

maznah said...

;aku juga bukan ahlinya...tapi nilah deh orang tua2 berkata tengadah langit sebelum berkata'so kekeliruan kepimpinan yg dimunculkan ;pemimpin kite sendiri,watpe nya bertindak sendiri smpaikan membelakangkan....?Huhu...sey xpe la xda ilmu...pijak smpai lumat no hal.so xsalah sey kobakan ramai yg munafik dlm perjuangan...maaf xmenuding capo2, salam p'juangan allah hu akhbar 3x