Thursday, May 27, 2010

Sepetang bersama "UNTUKMU WANITA"


22 Mei 2010, Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah meraikan kaum wanita yang bergelar ibu dan guru dalam satu program UNTUKMU WANITA. Alhamdulillah, dalam program tersebut 20 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan berbentuk barangan, cenderahati Hari Ibu dan wang tunai hasil sumbangan para dermawan.

Di kesempatan itu juga, isteri YB ADUN Paroi iaitu Pn Mahanim; bersama Cik Kumutha telah merasmikan Pusat Khidmat Kaunseling Wanita DUN Paroi. Pusat khidmat kaunseling ini akan memberi peluang kepada ibu tunggal khususnya dan para wanita untuk meluahkan permasalahan bagi mengurangkan tekanan masalah rumahtangga yang dihadapi.
Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh AJK program terutamanya adik2x Nisa Rembau yang telah bertungkus lumus menjayakan program. Tidak lupa juga kepada Pn Fazilah Abu Samah, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Sembilan, Cik Kumutha, Mrs Yau; isteri kelab penyokong PAS, Pengerusi Biro Wanita ISMA dan seluruh tetamu yang hadir termasuk para dermawan dan AJK Pas Rembau yang turun membantu.

Moga Allah sahajalah yang dapat membalas jasa kalian. Buat semua ibu SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU buat anda yang telah mendidik generasi kini menjadi insan yang soleh dan solehah.

No comments: