Saya maklumkan bahawa Liqa Fikri ini bertujuan untuk menyelaraskan kembali fikrah harakah untuk ahli-ahli muslimat yang telah pun berusrah di kelompok-kelompok kecil yang pelbagai. Penyelarasan fikrah ini perlu untuk melahirkan wehdatul fikr seterusnya menzahirkan wehdatul amal terutamanya dalam menghadapi pelbagai isu semasa. Maka semestinya Naqibah yang kami pilih adalah 'figure' yang betul-betul mantap fikrahnya, dimana Dr Asiah adalah Ali Jawatankuasa Lujnah Tarbiyyah PAS Pusat.
Liqa Fikri juga merupakan platform bagi kepimpinan jemaah untuk menyalurkan maklumat kepada ahli-ahli usrah. Keputusan-keputusan rasmi yang telah disyurakan kadang kala memerlukan kepada penjelasan dan liqa fikri adalah tempat yang terbaik untuk berbuat demikian. Justeru itu, sebagai ahli dan pimpinan Muslimat; program Liqa Fikri ini adalah sebagai sumber ilmu untuk melengkapkan diri menghadapai pelbagai persoalan semasa dan 'stand' PAS dalam menangani isu semasa yang dikemukakan pihak lawan.
InsyaAllah, Liqa Fikri muslimat seterusnya akan diadakan pada bulan Julai, September dan November 2010. Yang uniknya, setiap program Liqa Fikri akan diadakan disetiap pasti di dalam Kawasan Rembau. Setakat ini Dr Asiah telah berpeluang melawat 4 buah pasti didalam DUN Paroi. Terima kasih kepada Kak Yati, Pengerusi MGP yang sama-sama memberi sokongan menjayakan Program Liqa Fikri muslimat ini serta adik-adik Nisa Rembau yang setia mengikuti pengisian.
No comments:
Post a Comment