Friday, May 28, 2010

GULA VS ROKOK

Hampir setiap hari kita mendengar keluhan peniaga berkenaan kekurangan stok gula di pasaran. Di Seremban khususnya beklan gula semakin kritikal dan cukup sukar nak diperolehi. Baru-baru ini Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) negeri memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemborong dan peruncit di Negeri Sembilan yang mengingkari undang-undang berhubung penjualan gula.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
Masalah kekurangan gula saban tahun berulang namun tak pernah lagi kita dengar berita kekurangan bekalan rokok di pasaran. Adakah sebab rokok ini harganya 3-5 kali ganda dari gula maka bekalannya tak pernah putus? Adakah sebab jual rokok lebih untung dari jual gula? Adakah pengguna rokok lebih ramai dari pengguna gula?

Mungkin sebab rokok ini lebih banyak hasil pendapatan dan cukai berbanding gula. Meskipun kedua-duanya mempunyai kesan negatif kepada kesihatan, rokok ini lagi parah kerana ianya mengandungi 4000 bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Justeru tu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjadikan 31hb Mei setiap tahun sebagai sambutan Hari Dunia Tanpa Tembakau. http://www.who.int/tobacco/en/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Dunia_Tanpa_Tembakau

Saya menyeru kepada semua perokok tak kira lelaki ataupun wanita untuk berazam berhenti merokok. Menjelang tahun 2000, ulama dunia dan MajFatwa Kebangsaan juga sepakat menjatuhkan hukum merokok itu HARAM. Sebab apa? Sebab terbukti bahawa merokok tu merupakan pembunuh dalam diam (silent poisoning). Dalam banyak statistik daripada WHO, terbukti bahawa banyak kematian dari kanser paru-paru, mulut, trakea, dan macam-macam lagi disebabkan oleh rokok. Ulama-ulama ini berpegang dengan ayat al-Quran dari surah al-Baqarah “..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri..”


Pesanan ini lebih-lebih lagi saya tujukan kepada semua pejuang Islam yang berjuang menegakkan kalimah Allah. Jika kita tidak mampu merubah diri sendiri meninggalkan yang haram, maka adalah cukup sukar untuk kita hendak mengubah insan lain meninggalkan perkara-perkara yang dilarang agama. Saya dokan agar Allah memberikan kekuatan semua perokok yang telah berazam untuk berhenti agar dipermudahkan urusan kerana segalanya bermula dengan niat. Jika kita dan berniat dan berazam untuk berubah...maka Allah akan beri jalan.

Berhentilah merokok untuk kesejahteraan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Adalah cukup indah jika wang yang dibazirkan untuk membeli rokok itu di gunakan untuk membantu insan lain.

No comments: