Thursday, May 27, 2010

Bantulah mereka

9 Mei yang lepas, Yayasan AMAL Cwangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Paroi telah mengadakan program sumbangan dan Kajiselidik untuk 50 orang ibu tunggal di sekitar Paroi. Program soal selidik itu telah dikelolakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Unit Psikologi Kesihatan (UPK), Fakulti Kesihatan Bersekutu yang berfungsi sebagai unit penyelidikan serta unit pengajaran, dan juga sebagai khidmat masyarakat dari segi perkhidmatan psikologi klinikal dan penyebaran maklumat tentang kesihatan mental.
Kaji selidik ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesihatan mental dan psikologi yang dihadapi oleh ibu tunggal. Setiap ibu tunggal yang hadir diminta menjawab lebih dari 100 soalan-soalan yang diutarakan dalam kaji selidik tersebut. Dalam ucapan aluan, Pengerusi Yayasan AMAL NS, Sdra Sufian Ibrahim telah memberikan kata-kata motivasi kepada ibu tunggal yang hadir kerana begitu tabah dan sabar mengharungi kehidupan sebagai ibu&ayah kepada anak-anak. Di akhir program, YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada semua ibu tunggal yang hadir.
Dikalangan ibu tunggal yang hadir, terdapat lebih 10% yang tidak boleh membaca dan ada antara mereka yang tidak mampu datang kerana tidak mempunyai wang tambang ke tempat program. Ayuh bantulah mereka sama ada dari segi sokongan dan motivasi, barang-barang keperluan mahupun dari segi tenaga. Segala sumbangan boleh disalurkan ke;
Sumbangan Pusat Khidmat Paroi melalui akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942

No comments: