Tuesday, December 29, 2009

YB's Kaya

YB’s Kaya

Yang Berkualiti
Yang Berkhasiat
Yang Bermutu
Kaya ini adalah kaya asli tanpa perasa tiruan, pewarna tiruan dan sudah semestinya HALAL.

Muslimat Paroi akan mempromosikan YB’s Kaya dengan harga RM3.00 /cup. Kaya ini merupakan hasil masakan daripada Yang Berhormat ADUN Paroi sendiri. Keuntungan jualan ini akan dimasukkan ke dalam tabung Kebajikan Dun Paroi bagi membantu insan yang memerlukan bantuan.

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan YB’s Kaya di gerai Muslimat sewaktu jualan amal pada program Di Ambang Tahun Baru ,31 Dec 2009.Anda juga boleh menghubungi Pn Norwani 013-3851202 / Pn Fauziah 013-7779328 untuk membuat tempahan atau mendapatkan kaya berkenaan.

Monday, December 28, 2009

LAGI PROGRAM AMAL PAS REMBAU


26 Disember 2009 (AHAD), ADUN Paroi telah menyerahkan sumbangan persekolahan berupa beg dan alatan persekolahan kepada 10 orang pelajar sempena Program Cuci Kereta, Jualan Amal dan Khidmat Kesihatan PERCUMA bagi mengumpulkan dana “JOM SEKOLAHKAN MEREKA MUSIM KE-2” anjuran PAS Kawasan Rembau. Dalam program berkenaan, 25 buah kenderaan telah dicuci dan lebih 65 orang penduduk setempat di Bandar Seremban Selatan telah mendapatkan Khidmat Kesihatan PERCUMA. Objektif utama program tersebut adalah untuk mengumpulkan dana bagi membantu pelajar yang mememerlukan bantuan persekolahan bagi sesi 2010 yang akan datang. Bantuan yang bakal disalurkan kepada pelajar dibahagikan kepada 3 fasa iaitu Fasa pertama- penerima alatan persekolahan seperti pakaian, beg dan alat tulis, Fasa kedua- penerima bantuan buku-buku tulis dan Fasa Ketiga- penerima bantuan yuran persekolahan.

Pihak PAS Kawasan Rembau telah mengenalpasti lebih kurang 70-80orang pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan seperti anak yatim, pelajar miskin dan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung dan mempunyai tanggungan yang ramai.
Untuk siri yang seterusnya pihak Muslimat PAS Kawasn Rembau akan melaksanakan jualan ROTI BAKAR PANAS dengan kupon berjumlah RM2 pada malam tahun baru sempana D’ AMBANG TAHUN BARU 2010 & 1431H yang bakal diadakan di Dataran Senawang. Orang ramai yang ingin membeli kupon sambil beramal dialu-alukan hadir ke program malam tersebut atau menghubungi Pn Norwani 013-3851202 / Pn Fauziah 013-7779328 untuk mendapatkan kupon berkenaan.

Marilah kita sama-sama membantu mereka agar tahun baru yang menjelang memberi azam baru kepada pelajar-pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita-cita di medan ilmu. Maklumat lanjut program SEKOLAHKAN MEREKA di http://pasns.blogspot.com/2009/11/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

Saturday, December 26, 2009

Lama tanpa bicara

Assalamu'alaikum wbt
Lama rasanya tidak menulis di ruangan ini dan selama 2-3 minggu ini banyak perkara dan aktiviti yang ingin dikongsi bersama. Bermula dengan 2 incident yang berlaku dalam 2 hari dikuti dengan beberapa program Muslimat Rembau dan MTD. Tidak lupa juga coretan pengalaman ketika bertugas di Hyderabad, India selama seminggu. InsyaAllah, jika diizinkan Allah saya akan coretkan beberapa peristiwa penting dan coretan pengalaman bersama individu2x yang terlibat mmbantu menjayakan program yang telah dilaksanakan.

Thursday, December 10, 2009

Minyak Wangi boleh bantu pelajar kembali ke sekolah

Sempena Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi PAROI CARE mempelawa kepada mereka yang ingin mendapat Minyak Wangi terbaru dari ekstrak pokok Gaharu Malaysia sambil membantu Projek Kembali Ke Sekolah untuk pelajar-pelajar miskin dan memerlukan boleh mendapatkannya di Pusat Khidmat Paroi.

Minyak Wangi OUDH atau "Perfume OUDH" iaitu haruman terbaru menggunakan minyak Oudh Asli ( Bahasa Arab Oudh maknanya Gaharu) yang diperolehi dari Kilang Penghasilan Minyak Gaharu di Negeri Sembilan.

Mengandungi empat set wangian pelagai citarasa iaitu Amarantine , Living , Nature dan Kaddish. Harga promosi dengan 4 botol minyak wangi pelbagai haruman cuma RM49.90 . Sesuai dijadikan cenderahati buat yang tersayang.

Membeli sambil menyumbang untuk projek "KEMBALI KE SEKOLAH ". Bantuan barangan sekolah untuk pelajar miskin dan memerlukan. Sila dapatkan di Pusat Khidmat DUN Paroi (No HP 019-6576540). Untuk melihat contoh dan risalah Perfume OUDH sila ke pautan berikut
http://paroicare.blogspot.com/2009/12/minyak-wangi-boleh-bantu-pelajar.html

Wednesday, December 9, 2009

LANGKAH KINI 1431H

1431H bakal bertamu
bersama segunung harapan dan azam baru
disitu juga berakhirnya sebuah buku
yang akan ditutup dipenghujung waktu

1431H bakal menjelma
mencipta semangat untuk bekerja
berjuang dan berhijrah ke satu era
dari alpa ke puncak jaya
dari lemah ke bertenaga

1431H bakal menjengah kita
meniti setahun lagi usia dewasa
adakah pertambahan usia seiring amalnya?
atau pertambahannya seiring pertambahan dosa?
yang tiada sedar oleh si pelakunya

1431H kan kunjung tiba
menjana hati dan minda
membuka lembaran baru, buku amalan manusia
ke mana kita di penghujung usia
adakah masih akan terleka....
dengan keseronokan dunia dan harta benda?
dengan kemewahan dan kesenangan?
harta bertimbun tanpa kita pedulikan...
insan-insan sekeliling yang perlukan pertolongan
anak yatim yang kesusahan
ibu tunggal yang kedhaifan
orang miskin yang kelaparan
insan kecil yang kesakitan
ibu dikampung yang kesedihan
anak2x yang kesunyian

aduh... apa bisa ku tutup buku lama
tanpa ku tahu di mana diriku berada
adakah amalan mengatasi dosa?
atau dosa mengatasi pahala?
moga Allah penentu segalanya

AYUH...jadikan 1431 Hijrah tahun bererti
membangunkan diri dan agama nan suci
berjuanglah tanpa rasa penat di hati
itulah kemanisan di dunia ini
pabila jiwa raga diletakkan
dilandasan PERJUANGAN ILAHI

nukilan
nur mutiara 1430H

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431

Tuesday, December 8, 2009

Planner Muslimat 2010


Planner Muslimat 2010 dengan harga RM 15 boleh diperolehi di Gerai Amal Muslimat Rembau pada 13hb Disember 2009 sempena Ekpo Pendidikan Islam. Bagi yang ingin menempah, boleh menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Masitah Ali 019-2655059. Cepat...cepat..edisi terhad. RM3 dari hasil jualan akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin yang tidak berkemampuan dalam promosi program Jom Sekolahkan Mereka anjuran Pas Kawasan Rembau.





Monday, December 7, 2009

JOM CARI KERJA DI SELANGOR


Ekpresi diri si KECIL

"Usah risau...biarlah dinding berconteng, biarlah bilik penuh dengan tampalan dan cakaran. Kita lihat kreativiti mereka" ujar suami yang memang suka melayan karenah anak-anak.

Baru-baru ini ketika ke rumah mertua, anak-anak dilayan oleh mak mertua mewarna menggunakan warna air. Anak-anak memang seronok sekali terutamanya Abdullah Azzam yang cukup tekun mewarna. Balik sahaja ke rumah, Babah terus belikan warna air, berus dan kertas lukisan. Apa lagi anak-anak...Masing2x menunjukkan ekpresi diri dengan pelbagai gaya warna dan lakaran.

Seronok melihat mereka tekun dan tampil dengan pelbagai bentuk gaya warna. Bagus juga bila dapat melihat karenah dan inovasi si kecil ini. Kadang kala dari hasil warnaan dan lukisan kita dapat mengenali potensi anak-anak sama ada jenis yang teliti, tekun dan sabar. Dengan mewarna juga dapat membantu & melatih anak-anak untuk menjadi insan yang sabar dan teliti dalam sesuatu perkara. Jika tidak percaya...kita boleh cuba dan galakkan si kecil bermain dengan warna kerana ia bukan setakat menjana minda tetapi supaya si kecil tidak berfikir selorong. Jika bunga di warna dengan warna biru cuba ditanya"ADA KE BUNGA WARNA BIRU?" jawabnya ...ADA BUNGA WARNA BIRU supaya mereka tahu bumi ciptaan Allah ini ada pelbagai warna dan bentuk. Tak semestinya langit warna biru...ada ketikanya langit warna hitam dan merah...maka barulah ekpresi dan kreativiti mereka dapat di pertingkatkan.

Ikuti psikologi perkembangan di http://psiko-mid.blogspot.com/


SUSAH SENANG BERSAMA

Alhamdulillah, selepas hampir 10 tahun; Allah SWT menemukan semula aku dengan sahabat / rakan sebilik /sekampus sewaktu tahun pertama di UKM dulu. Rahayu Abdul Rahman atau lebih ku kenali sebagai Ayu merupakan sahabat karib semasa dikampus. Kami sebilik sejak hari pertama menjejakkan kaki di UKM.

Kami sama2x datang dari keluarga yang susah dan sepanjang 3 tahun di UKM, banyak cerita suka duka kami tempuhi bersama. Bila Ayu bercadang datang ke rumah bersama anaknya pada Jumaat lepas, hatiku cukup ceria dan gembira. Maklumlah sahabat lama. Lagipun tidak pernah dapat bersua muka dengan anak Ayu yang hampir sebaya dengan anakku. Dalam ziarahnya ke Melaka, Ayu sempat bermalam di rumah dan banyak cerita yang dikongsikan bersama.

Semasa berada di UKM, kami bersama-sama mengikat perut dan hampir setiap hari kami berkongsi makanan bersama. Jika Ayu beli nasi pada thari, makan kami akan share 1bungkus nasi bersama. Begitulah juga pada sebelah malam. Bila tiba turn aku yang membeli makanan, maka 1 bungkus akan di share bersama. Bila ada kuliah, kami selalunya makan di sebelah malam sahaja dan berkongsi 1 bungkus nasi. Kami juga turut berkongsi membeli komputer bersama... Selama 3 tahun di kampus, kami bukan setakat berkongsi makan dan peralatan belajar sahaja malahan turut berkongsi masalah dan perasaan. Begitulah hari2x yang dilalui oleh aku dan Ayu sehingga tamat 3 tahun sesi pengajian di UKM. Banyak kenangan pahit manis ditempuhi bersama dan kami sama2 mencari duit belanja untuk menampung perbelanjaan sesi kuliah. Antaranya kami pernah sama2x menaiki motor untuk mengajar tuisyen anak penyarah di Teras Jernang. Kami juga pernah jual kurma pada bulan Ramadhan.

Kini semuanya telah berlalu dan masing2x telah berjaya dalam profesion pekerjaan. Ayu suami isteri kini bergelar guru dan aku bangga dapat mengenali Ayu, anak kelahiran Jitra Kedah ini. Bukan setakat mengenali Ayu malahan seluruh ahli keluarganya ku kenali kerana aku pernah bertandang ke kampung halaman aku ketika di UKM dahulu.

Sering aku berdoa semoga Allah memudahkan urusan Ayu di dunia dan di akhirat dimana dia banyak memudahkan urusanku ketika kami sama-sama menuntut dahulu. Meskipun tidak dapat menolong dengan wang ringgit, budi bahasanya, sifat kasihnya, kelembutannya dan keprihatinannya amat sukar di cari ganti.

Friday, December 4, 2009

DI MANA ANAK-ANAK KITA?

Waktu cuti sekolah ini, jalan ke tempat kerja cukup lengang. Maklumlah cuti....Ada ibubapa yang ambil cuti panjang membawa anak-anak balik kampung, pergi melancong dan tak kurang juga yang mencari pelbagai tempat untuk anak-anak menghadiri program /bengkel motivasi.
Bagi ibubapa yang tidak mempunyai cuti dan sibuk bekerja usah kita lupa dimana anak-anak kita.... Jika anak-anak kita dirumah, adakah rutin hariannya menonton TV 24jam? Jika anak kita keluar rumah, ke mana hala tujunya?Jika anak kita ke rumah kawan-kawan apa aktivitinya? Jika anak kita ke cyber cafe apa programnya? Jika anak kita pergi tuition, apa subjeknya hari tersebut? Jika anak kita ke kedai, apa yang dibelinya?
Risau juga musim cuti sekolah ini kerana takut masa anak-anak terbuang begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara yang berfaedah. Jika anak-anak berada dirumah terutamanya anak-anak yang telah remaja, bagilah tugasan setiap hari supaya dia merasakan masanya terisi dan bila hasilnya menjadi, berilah ganjaran kepada anak-anak2.
Sebagai contoh katakan "Hari ni ayah nak minta tolong abang dan kakak bersihkan longkang sekeliling rumah".Bila balik rumah kita tengok longkang dah bersih...REWARD anak-anak dengan bawa pergi makan atau belikan sesuatu yang mereka suka.
Next day katakan "Hari ini ayah nak minta tolong abang dan kakak bersihkan stor dan rak kasut". Bila balik rumah, jika kerja tersebut telah dilaksanakan...pujilah mereka dan sebagai ganjaran bawa anak-anak bercuti dihujung minggu.
Bagi pendapat saya, IBUBAPA harus mainkan peranan penting dalam melatih anak-anak untuk ada rasa tanggungjawab diusia yang masih kecil . Latih mereka untuk membuat perkara yang sukar meskipun mereka hidup dalam suasana yang senang. Jenguk-jenguklah anak kita di musim sekolah ini....Usah biarkan mereka dengan dunia mereka.

Thursday, December 3, 2009

PUJIAN HANYA UNTUKMU YA ALLAH....

I thank Allah for choosing Wani instead of other candidates. Glad to know that Wani has been of great help for the companies and of course our department. Hope you could also learn from her. Keep it up Wani!

You’re seriously damn good! Glad that you join us. Thanks for the assistance.

Alhamdulillah... MasyaAllah...Nauzubillah.....Aku menangis seketika sewaktu solat Zuhur tadi. Rasa takut dan gerun dengan limpahan nikmat dan sedikit ujian pujian. Mana ada insan yang tidak suka di puji tambahan pula menerima pujian daripada boss. Namun perlu diingat bahawa setiap pujian yang diterima haruslah dipulangkan semula kepada Allah. Siapalah diri kita tanpaNYA? Siapalah yang mengerakkan tangan kita jika bukan diriNYA.? Siapalah yang memberikan idea kepada kita dalam bekerja jika bukan diriNYA?Siapalah yang mampu menggerakkan anggota badan ini jika bukan diriNYA? Lantas siapa lagi yang paling layak untuk kita puji dan ucapkan terima kasih selain diriNYA.

Suami sering berpesan kepada saya supaya menjaga akhlak, amanah dan tingkahlaku ketika bekerja. Lebih-lebih lagi ditempat kerja baru dan diamanahkan dengan tugas pengurus...bukannya mudah untuk menguruskan sesuatu yang dinamakan MANUSIA. Risau sekiranya kita menjadi seorang yang sombong dan kufur dengan nikmat serta menzalimi insan lain. Lantaran, pesan suami JAGALAH HATI kerana segalanya bermula dengan HATI dan HATI adalah penghulu seluruh anggota. Di dalam hati itulah tersimpan semua asas akidah, akhlak,niat baik dan niat yang tidak baik. Selagi hati itu belum dibersihkan( disucikan ) dari sifat-sifat buruk dan tercela, serta menghiasinya dengan sifat-sifat yang baik dan terpuji, maka kita tidak akan merasakan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Asy-Syams Ayat 7 hingga 10 :
”Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengankelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanyakepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa;Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yangsedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat ). "
Banyak akhlak dan sifat-sifat yang tercela yang seharusnya kitahindarkan dari hati. Diantara penyakit-penyakit hati yang berbahayaialah sifat sombong. Sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh syaitan yang terkutuk.

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 34 :
” Dan ( ingatlah ) ketika kami berfirman kepada malaikat : Tunduklah( beri hormat ) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tundukmemberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur danmenjadilah dia dari golongan yang kafir. “

Allah membenci hamba-hambaNya yang sombong sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Nahl Ayat 23 :
” Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidaksuka kepada orang-orang yang sombong takbur. “

Dalam surat Luqman 18, Allah juga berfirman :
” Dan janganlah engkau memalingkan mukamu ( kerana memandangrendah ) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumidengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepadatiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. “

Rasulullah SAW pun bersabda :
” Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya terdapat sebesar atom dari sifat sombong. “

Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda- tandanya iaitu :
1. Merasa bangga melihat dirinya maju ( berjaya ) lebih dari orang lain.
2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
3. Bila menghadiri majlis, minta dikedepankan.
4. Jika berjalan, bersikap angkuh.
5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
6. Tidak mengindahkan nasihat.
7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
8. Selalu menganggap dirinya benar dan tidak pernah salah.
9. Suka memuji-muji diri sendiri.

Aku berpesan kepada diri sendiri, anak2x dan kaum keluarga, seandainya kita menjadi orang yang paling bertakwa kepada ALLAH serta memiliki ilmu yang luas dan amat banyak amal ibadahnya, kemudian kita menyombongkan diri terhadap orang lain dan membanggakan diri atas kelebihan-kelebihan yang kita miliki,nescaya ALLAH akan menghapus ketakwaan kita dan membatalkan ibadah yang telah kita lakukan.

Rasulullah SAW bersabda :
” Barangsiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya, dan barangsiapa yang menyombongkan diri, nescaya Allah akan merendahkannya. “
Mudah-mudahan menjadi renungan kita bersama.