Monday, June 15, 2009

AKU BUKAN AHLINYA....ISU PERPADUAN

Dalam muktamar PAS pusat yang lalu isu KERAJAAN PERPADUAN menjadi perbahasan yang hangat. Saya sendiri pun tak mahu berbincang panjang tentang perkara ini pabila ditanya oleh sahabat2x dan kawan2x sepejabat. Maklumlah saya bukan ahlinya yang terlayak untuk mengulas mahupun membincangkan secara terperinci perkara ini.

Bila saya rujuk semula apakah makna perpaduan? Apakah yang rigid sangat dengan istilah perpaduan. Perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. 'Perpaduan ialah 'penggabungan'. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi 'perpaduan' ialah 'permusuhan', 'kehancuran' dan 'perpecahan'.

Jadi, perpaduan yang dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu 'maaruf' manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu 'mungkar'. Dalam al-Quran Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud:

'Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.' (Surah Ali Imran : 104)

Gelombang Hijau Di Daerah Beradat



Dah lebih setahun, buku yang ingin saya terbitkan tidak muncul juga. Tunggu punya tunggu, bukunya masih belum bercetak. Sedih juga kerana hasil nukilan tersebut terlantar lebih setahun. Semalam ketika program KKP, saya sempat bertemu dengan Ustaz Khairi. Minta pandangan Ustaz Khairi untuk bantu saya mencetak buku "Gelombang Hijau Di Daerah Beradat yang saya adaptasikan selepas kemenangan di Dun Paroi. Berikut merupakan isi kandungan dalam buku yang setebal 40-60 halaman.

  1. SALAM PERJUANGAN
  2. UNIKNYA REMBAU
  3. KEINDAHAN JEMAAH ISLAM
  4. KEPERLUAN KEPADA JEMAAH ISLAM
  5. FUNGSI JEMAAH ISLAM
  6. CABARAN KEMENANGAN
  7. ASAS KEMENANGAN
  8. UKHUWWAH
  9. PENGORBANAN
  10. IKHLAS
  11. KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN
  12. WALA’
  13. ‘ENGAGEMENT’ DENGAN MASYARAKAT
  14. KESIMPULAN
  15. NUKILAN RASA

InsyaAllah, moga Allh permudahkan urusan pengeluaran buku ini untuk membantu menjana dana Muslimat Rembau.
Meskipun hasil penulisan saya hanya tertumpu kepada peranan muslimat dalam menuju kemenangan, namun saya mengharapkan ianya dapat menjadi panduan dan motivasi kepada semua penyokong dan pendokong gerakan Islam untuk meneruskan perjuangan mereka.Nantikan Gelomban Hijau Di Daerah Beradat.

Thursday, June 11, 2009

Umrah Tarbawi Musim ke-3

ASSALAMUALAIKUM...

MAKLUMAN UMRAH TARBAWI MUSIM KE-3
KEPADA SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT .
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT AKAN MENGANJURKAN UMRAH TARBAWI MUSIM KE-3.
TARIKH JANGKAAN INSYAALLAH PADA 3 OGOS 2009 -19 OGOS 2009.
Ust pembimbing : Ustaz Rosli Jabbar (YDP PAS Kawasan Kuantan)
BAYARAN SEBANYAK RM 4700

JUSTERU, MOHON PADA SEMUA MUSLIMAT AGAR DAPAT MENGHEBAHKAN KEPADA SEMUA BERKENAAN UMRAH TARBAWI INI. (PENYERTAAN TERBUKA)
PENERBANGAN MELALUI SRI LANKA AIRLINES.
· SILA DAFTARKAN SEBELUM 20 JUN 2009 :-

1) NAMA
2) I/C
3) PASSPORT
4) NO TELEFON

· DEPOSIT ADALAH RM 2000 PADA ATAU SEBELUM 1 JULAI 2009. BAYARAN PENUH PADA 10 JULAI 2009.
· KURSUS PADA 25 & 26 JULAI 2009
SEBARANG PERSOALAN/ PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:- ROSHIDAH 03-26925000 SAMBUNGAN 304 / 019-6538541.

AKU RINDU


Hampir seminggu berada diutara dan cengkaman kerinduan makin ketara terutamanya terkenangkan anak-anak yang ditinggalkan. Rasa rindu yang mendalam kepada si kecil sehingga air mata mengalir tanpa diduga. Rasa rindu ini cuba ku alihkan dengan merindui kehebatan Maha Pencipta. Rasa sebak dan rindu yang menyesakkan. Moga Allah kabulkan doa agar aku dapat bersama mereka seperti dahulu

LAPANG DADA, TERIMA SEDANYA

Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat Agung Pas di semua peringkat bermula di peringkat cawangan, kawasan, dewan2x, negeri sehinggalah ke pusat. Berlaku perubahan wajah baru dan lama dalam kepimpinan yang merancakkan lagi arena perjuangan di Malaysia. Meskipun begitu ada sok sek...sok sek... yang masih bercakap dibelakang seolah tidak bersetuju dengan kepimpinan yang dilantik.

Sebagai salah seorang ahli parti, saya menyeru diri saya sendiri dan semua penyokong dan pendokong perjuangan Islam supaya berlapang dada, terima seadanya dan bersikap wala' kepada pemimpin yang dilantik. Usah sesekali melihat kelemahan individu namun renungkan akan kekurangan diri sendiri sebelum satu jari menuju kepada orang lain. Tanpa kita sedari 4 jari menunding akan kelemahan diri sendiri. Sesungguhnya tiada yang sempurna didunia ini dan kita semua merupakan pelengkap diantara satu sama lain.

Bekerjalah untuk mengisi dan menyemarakkan lagi kemenangan serta kegemilangan Islam di bumi Malaysia. Beramallah dan berjihadlah selagi hayat masih ada. Berkorbanlah dan berjuanglah selagi ada masa dianugerahkan Allah untuk kita. Siapalah kita disisiNya melainkan hamba yang hina dina.

El-Nino, orang ramai usah terleno

Dulu kita dikejutkan dengan bencana banjir besar melanda Johor dan beberapa buah negeri di Malaysia. Baru-baru ini, seorang pakar kaji cuaca meramalkan Malaysia bakal menghadapi musim kemarau terburuk dalam sejarah bermula antara bulan Mac hingga Ogos tahun ini. Fenomena cuaca El-Nino pasti membimbangkan semua penduduk dan rakyat Malaysia.

Apakah kesan El-Nino kepada penduduk dan orang ramai;
1. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan sukar diramal, panas terik, hujan lebat + ribut
2. Peningkatan suhu yang mendadak
3. Bekalan air berkemungkinan akan dicatu sekiranya panas berpanjangan
4. Banjir akan terjadi sekiranya hujan lebat dan ribut berterusan

Kata orang NS, usah terleno dalam keadaan begini. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini; bersiap sedialah sebelum berlakunya sesuatu yang diluar jangkaan. Jika cuaca panas berterusan PASTIKAN;
1. Berjimat dalam penggunaan air. Buat bekalan sekiranya berlaku catuan air
2. Aktiviti luaran dikurangkan
3. Minum air secukupnya
4.Anak-anak tidak didedahkan dengan cuaca yang panas
5. Tidak melakukan pembakaran terbuka
6. Penggunaan kenderaan dikurangkan. Amalkan konsep berkonsi kenderaan

Jika hujan berterusan PASTIKAN
1. Sistem peparitan di taman anda dalam keadaan yang baik. Tidak tersumbat
2. Anda menyimpan stok makanan yang secukupnya
3. Bekalan air minuman disimpan sebaiknya sekiranya berlaku banjir
4. Barangan / alatan penting disimpan sebaiknya sekiranya kawasan tempat tinggal anda berpotensi untuk banjir

Usah terleno. Mungkin ini adalah ujian Allah SWT kepada kita yang acapkali leka dan lalai. Tanpa kita sedar kadang-kala tangan manusia inilah yang membinakan, menyakiti dan manzalimi alam sekitar sehinggakan alam menyatakan protesnya melalui kejadian-kejadian luar biasa dengan izin yang MAHA KUASA. Insaflah...

Tuesday, June 9, 2009

KKP yang mana?

Nampaknya ada yang confuse pabila saya gunakan istilah KKP. Di NS, KKP ini cukup sinonim dengan progrom Khidmat Kesihatan PERCUMA. Satu program yang dirancang untuk memberikan khidmat kesihatan kepada penduduk terutamanya kepada mereka yang kurang berkemampuan. KKP dirangka untuk memberi kesedaran kepada penduduk untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengenali potensi penyakit yang mungkin ada tetapi tidak diketahui. Program KKP merangkumi pemeriksaan BMI, tenakan darah dan glukos dalam darah. Consultansi bersama doktor turut diberikan kepada penduduk.

Ada yang tanya KKP di NS ni sama ke dengan KKP di Selangor tempoh hari? KKP di Selangor tu tentang Konvensyen Kelab Penyokong dan jauh kaitannya dengan program KKP ni. mungkin ringkasannya sahaja yang sama. Seperti PPP ada 2 makna juga. 3R pun ada 2 makna. Tak kisahlah nak gunakan apa2x ringkasan. Yang pentingnya objektif program tercapai.

Tun Norbrilliant seunik namanya

Brilliant merupakan salah seorang kawan lama yang ku kenali semenjak bekerja di Philips satu ketika dahulu. Mengenalinya ketika kunjungan pihak NIOSH ke Philips untuk mengajar pekerja tentang Chemical Managment. Brilliant merupakan tenaga pengajar kami dan disebabkan namanya yang unik maka mana mungkin untuk aku melupakan wajah dan namanya setiap kali berkunjung ke NIOSH.Orangnya comel dan kecel tetapi penuh semangat pabila bercakap.Tanpa disangka Brilliant turut serta menerima tawaran kerja di organisasi tempat aku bekerja. di KL. Kami bertemu kembali selepas beberapa tahun tidak berjumpa. Walaupun kami bukan kenalan yang rapat namun chemistry antara kami cukup kuat. Mungkin sama-sama orang chemical. Bermusafir dengan Brilliant cukup menyeronokkan. Mengenali hati budinya, keluarganya dan kehidupannya. Perkenalan di tempat kerja baru ini rupanya hanya sementara. Tak sampai 6 bulan Brilliant akan bertukar kerja di Sarawak. Sebelum berangkat ke sana, Brilliant sempat berkunjung ke rumahku bersama keluarganya. Aku kehilangan seorang lagi kawan yang agak rapat. InsyaAllah, ada peluang, ada rezeki kami sama-sama bercadang menjadi surirumah sepenuh masa menjelang usia 40 tahun.

Monday, June 8, 2009

BERCUTI DI TAMAN


Cuti sekolah ini saya tidak berkesempatan membawa anak-anak ke mana-mana kerana masa terlalu padat. Lagipun keadaan yaang cukup sesak di Melaka dan PD membuatkan kami mengambil keputusan untuk tidak membawa anak berjalan pada cuti sekolah. Tambahan pula dengan isu H1N1 yang cukup membimbangkan.

Anak-anak pula menuntut untuk keluar dan antara permintaan mereka adalah ke taman permainan. Saya suka ke taman permainan berhadapan dengan kolej MARA Seremban kerana lokasinya cukup strategik. Banyak permainannya masih dalam keadaan baik dan anak-anak pula ada banyak pilihan. Ain, Nani dan Azzam cukup gembira sekali. Satu jam disana terasa cukup sekejap pabila melayani karenah anak-anak ini. Kita pun turut jadi macam budak-budak pabila berlari dan bermain macam mereka. MasyaAllah, ringan kepala bila bersama anak-anak ini.Nani dan Ain merengek minta saya buatkan dadih. Ianya merupakan antara makanan kegemaran anak-anak ini. Ilmu membuat dadih ini saya pelajari daripada biras sebelah suami, Pn Norwati. Nor cukup pandai bab masak memasak dan tiapkali belajar dan melihat Nor buat, pasti saya akan cuba buat. Antaranya ialah dadih, kesukaan kami sekeluarga. Buatnya pula cukup mudah dan tak banyak belanja. Jika dibeli mungkin mahal dan maklumlah 50 mangkuk boleh dihabiskan dalam sehari oleh anak-anak saya. Lagi berbaloi jika buat sendiri dan kita boleh buat pelbagai saiz dan warna.

ALAM SEKITAR MILIK SIAPA?


Tanggal 5 Jun setiap tahun merupakan Hari Sambutan Alam Sekitar Sedunia atau WORLD ENVIRONMENTAL DAY yang sering disambut oleh seluruh pencinta alam diseluruh dunia. Dunia semakin tua dan dunia semakin galak dizalimi. Alam sekitar kian dicemari dan manusia makin lupa diri.

Alam sekitar kita semakin berubah wajah. Semakin hari semakin pudar dan suram diliputi gas beracun dan sampah sarap. GHG-Green House Gases semakin menghantui pengkaji dan pencinta alam maya. Climate Change bakal memusnahkan keindahan alam ini. Sering saya bertanya, kenapa manusia suka membuang sampah merata-rata? Melukai tumbuhan yang tidak berdosa dan acapkali merosakkan flora dan fauna yang belum diteroka?

Akan ditanya oleh Sang PENCIPTA adakah tangan ini pernah membinasa mengasari alam yang tidak berdosa pernahkan tangan ini melontar
kotoran ke bumi yang terhampar
pernahkan tangan ini mencantas
putik yang baru bertunas
pernahkan tangan ini menulis
akujanji yang menjaja tuan tanah menjadi muflis
pernahkan tangan ini diangkat
seolah bersetuju dengan pembangunan yang dinobat

Akan ditanya SANG PENCIPTA
milik siapa alam ini
yang senang untuk kau nodai
yang mudah kau sakiti
yang didiami untuk kau kotori
tanpa direnung generasi kini
anak kecil yang memijak ke bumi
yang semakin hari semakin tenggelam
semakin suram dan kelam
hingga tengelamnya fajar
malam terus berlalu malam
DISAAT ITU baru terlintas DUNIA INI MILIK TUHAN SEKALIAN ALAM


Selamat Menyambut Hari Alam sekitar Sedunia. Cintailah dan periharalah ALAM KITA

Saturday, June 6, 2009

KKP DATANG LAGI

Program KKK (Khidmat Kesihatan Percuma) yang seterusnya akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 14 Jun 2009
Tempat: Pasti AMAL Taman Marida Senawang
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Aktiviti:
1. KKP
2. Jualan Amal
3. Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang

Menyemarak Kemenangan Menyatu Rakyat




Alhamdulillah, hari ini 1 Jun 2009 saya bersama-sama beberapa orang perwakilan NS telah sempat menghadiri Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Pusat kali ke-49 di MBSA, Selangor. Tema tahun ini adalah Menyemarak Kemenangan , Menyatu Rakyat yang menyeru muslimat untuk berpatisipasi dalam mengisi kemenangan yang sedia ada dan dalam masa yang sama memainkan peranan dalam menyatupadukan rakyat. Di dalam sesi ini, muslimat dari negeri-negeri turut berkesempatan dan berpeluang dalam sesi membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.

Saya berkesempatan berjumpa Cik Kumutha; satau-satunya calon non- Muslim yang bertanding atas tiket Pas.Pertemuan di Paroi satu ketika dulu masih segar dalam ingatan dimana Cik Kumutha pernah hadir berceramah di Bandar Seremban Selatan. Tahniah diucapkan kepada Cik Kumutha yang sanggup hadir memberi sokongan kepada Muslimat Pas.

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru dan lama Muslimat PAS pusat yang telah dilantik. Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahn kepada semua muslimat untuk terus menyemarakkan lagi medan perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi Malaysia ini.