Tuesday, March 17, 2009

Mujahid zaman moden



Selepas membaca buku Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden, saya rasa bersemangat dan berdoa semoga Allah kurniakan zuriat Mujahid akhir zaman kepada saya sekeluarga. Nama-nama besar seperti Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdullah Yusuf Azzam, Abdullah Nasih Ulwan, Al-Rantisi dan pelbagai tokoh lagi membuatkan saya berazam moga Allah permudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak.

Bagi mereka yang tercari2x nama anak lelaki, bolehlah membaca buku ini dan memilih nama-nama indah mujahid akhir zaman yang akan dikenang dan diingati oleh generasi akan datang. Saya maklumkan kepada suami, "kita sudah anak bernama Abdullah Azzam dan anak yang seterusnya saya hendak letak nama Ahmad Yassin. Nama yang saya pilih untuk anak sulung lelaki yang pertama. Suami pula inginkan Abdullah Azzam dan Abdullah Nasih Ulwan. InsyaAllah, moga Allah tambahkan rezeki kami dan kurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada kami dan sahabat2x semua.

No comments: