Minggu depan anak-anak akan mula CUTI SEKOLAH selama seminggu. Kami tidak bercadang untuk bercuti dimana-mana memandangkan anak-anak telah dibawa bercuti 2 minggu lebih awal sebelum CUTI SEKOLAH. Pada 27 Feb - 1 Mar yang lepas kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke Langkawi. Pada waktu itulah saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan keluarga dek kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian. Meskipun hanya 3 hari di sana, ianya membantu saya mengurangkan sedikit tekanan tugas dan fokus kepada percutiaan. Percutian yang dirancang 2 bulan lebih awal cukup bermakna apabila saya dapat membawa sekali mak mertua dan adik ipar.
Kenangan bersama suami di Puncak Gunung Mat Cincang
Anak-anak cukup seronok apabila dibawa melawat Water World dan melihat pelbagai spesis hidupan laut yang unik. Masing-masing cukup teruja melihat penguin, anjing laut dan spesis ikan yang cukup besar. Maha Suci Allah diatas KebesaranNya menjadikan setiap kehidupan.
Yang paling seronok ialah Azam dan Nani apabila dapat bermain di tepian pantai sekitar Pekan Kuah.
Banyak tempat menarik yang dapat dikunjungi di Langkawi dan mak mertua saya tidak melepaskan peluang untuk shopping disana. Sekali sekala bercuti bersama keluarga ianya membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengurangkan tekanan akibat kesibukan. Setiap tahun telah menjadi rutin kami suami isteri untuk bercuti sekuarang-kurangnya 2 kali setahun bersama anak-anak.
No comments:
Post a Comment