Pemandu Wanita Sendirian Pemandu wanita memandu sendirian seringkali menjadi mangsa pembuli jalan raya, penjenayah dan sebagainya. Modas operasi mereka ialah dengan melanggar kereta yang dipandu wanita sendirian kemudian merompak atau menculik mereka apabila mereka keluar dari kereta untuk memeriksa kerosakan. Walaupun adalah lebih baik jika berteman semasa memandu, ada kalanya wanita tidak dapat mengelak daripada memandu sendirian. Ahli perniagaan wanita contohnya, seringkali keluar memandu sendirian untuk bertemu dengan rakan kongsi atau pelanggan.
Jika anda memandu sendirian, amalkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini:
- Sentiasa pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu
- Bawalah telepon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu
- Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci
- Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok
- Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat dari orang yang tidak dikenali.Tanyalah alamat di stesen petrol atau kaunter tol
- Jika diekori, pandulah kereta anda ke balai polis yang berhampiran
- Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali
- Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain Catat nombor pendaftaran kereta tersebut, warna dan lain-lain dan gunakan telepon mudah alih untuk meminta bantuan. Anda juga boleh memandu terus ke balai polis yang berhampiran untuk mebuat laporan polis
- Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling
- Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah
- Jika tayar kereta pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan
No comments:
Post a Comment