Friday, January 18, 2008

Anda Suku Biduanda?

Emak kata, kami suku biduanda. Mana asalnya suku ni? Mari selidik sedikit sejarah NS.

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.

Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatra dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda.

Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang.

Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan.

Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya.

Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

26 comments:

atiq zizan said...

thanz a lot for this information...i luv it!...hidup NS

Unknown said...

sy dapat maklumat berguna tentang asal usul keturunan sy...trima kasih

Mummy said...

saya suka biduanda gak

miss Que said...

lekluh..
salam...
terima kasih atas info yg cukup bermakna ni...saya dimaklumkan bahawa saya suku biduanda waris bagi rembau.undang rembau yang sebelum ini adalah arwah bapak sedara..itu yg buat saya nk check asal usul tu...tq

~~~~WaNi~~~~~ said...

salam saya suku biduanda...terima kasih kerana memberi info... =)

~~~~WaNi~~~~~ said...

salam..saya asal dari suku biuanda..terima kasih kerana berkongsi asal usul biduanda... =)

AZREEN said...

salam...keluarga kata saya ni suku biduanda..sdg mencari susur galur.arwah wan n atok belah mak kat Kg Simpang,Air Mawang,arwah wan dan atok belah bapak pulak kat Kg Eyor,Air Mawang..

regreatnosoul said...

salam semuo...seyy pun orang nogori yo...trimo kaseh bagi maklumat nihhh...

Unknown said...

yup.. biduanda rompo.. umah wan di kg johol air mawang.. :)

Shahira Yusniza said...

Ini yg kami cari..bila ada yg mnyelidik...akhirnya kami juga dari suku biduanda..terima kasih atas maklumat ini..

Unknown said...

Pembetulan sikit

Unknown said...

Yang dikatakan biduanda adalah kerana pernikahan antara pembesar atau keturunan raja diminang kabau yg datang dan berkahwin dengan putri anak tok bathin. Harus diingat tok bathin tu bukan macam tok bathin org asli sekarang.. tidak. Tok bathin dulu adalah seorang org tempatan juga yg memimpin org asli dulu dipanggil ghayat. Adalah dipercayai keturunan ini dijaga Allah dari keturunan asal penduduk tanah melayu nie..sejarah sekonyong konyong nya mentaksir berkahwin dgn org sakai jakun.. mana bisa pemimpin tok undang penghulu luak berketurunan org asli. 'Org asli' tu org minang panggil org tempatan sini. Kan indonesia selalu cakap.. saya orang asli kampung.. maknanya org asal. Tolongla perbetulkan fakta dah beratus tahun salah

Unknown said...

Saya sangat bersetuju dengan pendapat Nazhar Ghafar. Mana mungkin Undang Luak (raja luak/daerah) terdiri dari orang biasa2 je apatah lagi sakai, jakun bagai. Sudah tertentu dia orang bergelar dan berketurunan bangsawan. Tak mungkin orang biasa yang tak tentu hujung pangkal dilantik Undang. Orang bolih berbunuhan nak rebut jawatan. Cerdiknya suku Biduanda...... hanya suku dia je jadi Undang. Suku2 lain kena ikut tanpa banyak bantahan. Apa suku lain tak minat jadi Undang..... bolih melantik Yamtuan, sentiasa dipanggil untuk urusan istana. Mungkin sebab kecewa...... suku2 lain mencemuh Biduanda sebagai campuran Minang Jakun.

Unknown said...

Dalam masyarakat Melayu...,, perkataan biduanda ialah pekerja bertaraf pegawai istana

Unknown said...

Bathin Terjali di Rembau ialah pendatang Minangkabau. Suku orang asli ke dia??

Muhd khairani said...

Siapa boleh cito kan sejarah tontang
Biduanda -> waris -> nan dua carak ->lela maharaja

Amir said...

Hai... Saya dari suku biduanda, undang wak johol..

Unknown said...

suku dari dagang ni memang name penuh suku dia adelah suku biduanda dagang ke yang suku dari dagang tu diorang ringkas ke ?? atau macam mane

Kno said...

Arwah nenek sy pun ada sebut dr suku biduanda...undang jelebu..dan ada juga terdengar cerita dari sudara sepupu org kampaung tentang 'ghayat' tu yg mana sperti Nazhar Ghafar jelaskan tu.

Unknown said...

Saya dari keturunan biduanda kpg gadong....tahu byk dr nenek dan mak tentang suku biduanda ni...

Unknown said...

Nak tahu juga

lin74 said...

Ada dengar cerita tentang biduanda gholong/ golong...tak...bincangkan......

Unknown said...

Sy pun keturunan suku biduanda rembau..kg tanjung...sebelah ayah.

Unknown said...

Omak..suku biduando waris didarat..
Abah.. suku biduanda di baruh..
Mengikut cerita arwah nenek..kami dari Luak Sg Ujong...
Tok nenek menetap di Kg Mesjid (Solok) Rantau N9.

Ena said...

Masa kecil..dgr cerita dari arwah moyang.
Sultan Melaka berburu jauh dan bertemu dgn orang asli negeri. Berkahwin dgn anak tok batin aka ghayat dan dapat 4 putera. Setelah sekian lama berada di Melaka, 4 putera dan ibunya kembali semula ke tanah negeri dan menjadi pemerintah di N9. Putera sulung dikenali sbg Datok Kelana luak undang sg ujong, baik hati orgnya, sepatutnya menjadi sultan N9 tetapi dia tidak mahu. Putera2 yg lain jadi luak2 yg lain (kalau x silap). Cadangan diberi utk menjemput raja dari tanah seberang..tu yg jadi Yamtuan Besar.
Itu sbb dulu tanah N9 asalnya diperintah Kesultanan Melaka dan kemudian diteruskan oleh Kesultanan Johor sehinggalah pemerintah jemput Yamtuan Besar.

Robin Labu said...

Logik jugak tu… omak den pun tk pasti sangat cito ni… sebab dikaitkan dgn urang asli kot yang buek omak den sonyap jo… tak nk cito pasal suku biduanda ni sobab kono mongono dgn urang asli jakun semai