Sunday, March 7, 2010

Detik kelahiran Nur Ainul Afeefa


Lama rasanya tidak menulis diruangan ini. Hari ini genap 5 hari kelahiran Nur Ainul Afeefa, anak yang ke-4. Kelahiran yang cukup unik dan berbeza berbanding kakak2 dan abangnya. Bayangkan berada 17 jam di labor room. Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman kelahiran cahayamata ke-4 ini.


1 Mar 2010- Saya ke tempat kerja seperti biasa kerana ada audit yang perlu dilaksanakan. W/bagaimanapun saya dah mula rasa tak sedap badan dan minta suami ambil di tempat kerja selepas solat Zuhur. Sebelah malam saya tak dapat tidur dan kerap buang air kecil. Suami mengajak saya ke hospital malam tersebut tetapi saya kata masih belum ada rasa sakit lagi...cuma rasa lain macam ajer....Tunggu esok ajelah Beeb.

2 Mar 2010 - Jam 9pagi aku telah berada di Hospital Columbia Seremban. Alhamdulillah, Dr Intan datang awal hari tu dan terus memeriksa aku. Katanya dah buka 2.5cm dan air ketuban dah pecah. "Bila masa air ketuban pecah", tanya Dr. Intan kepadaku.... "Entahlah Dr. saya sendiri pun tak pasti bila coz belum ada pengalaman air ketuban pecah sendiri. Ketiga-tiga org anak yg lepas, air ketuban Dr. yg tolong pecahkan."


Saya terus diminta masuk ke labor room dan dipasang alat pengesan nadi bayi di perut. Sambil terbaring saya sempat telefon emak dan minta suami telefonkan mak mertua. " Mak, wani minta maaf banyak2x jika ada salah dan silap pada mak ye...mak doakan wani ye agar dipermudahkan bersalin"


Bosannya menunggu di labor room..... Entah berapa kali saya ke tandas dan sempat melihat bayi-bayi yang baru lahir dibersihkan oleh jururawat yang bertugas. Selepas Asar sempat berborak dengan seorang bapa yang baru menimang cahayamata sulung. Saya makin gelisah kerana jam dah mencecah pukul 7malam tapi tiada langsung tanda sakit hendak bersalin. Telefon drp mak bertalu2x termasuk Kak Ciana dan sahabat2x yg menunggu....bila agaknya nak bersalin. Jururawat pun hairan keran saya seperti tiada tanda langsung orang yg sakit nak bersalin. Memang keempat-empat orang anak begitu.... rasa sakit datang lambat dan berada di labor room memang lama....cuma kali ini yg paling lama.


Suami pula dah 2 kali balik dan datang semula tapi saya masih macm tu...tak ada gesa nak bersalin. Selepas lewat jam 9mlm (selepas lebih 12jam di labor room), Dr. Intan minta jururawat maskkan air dan ubat supaya saya ada rasa sakit dan gesa hendak bersalin.....Menunggu lagi sehingga hampir 12malam.....Suami memandangku...."Nampaknya anak ini nak lahir 3.3.2010. Sabar...sekejap lagi ye sayang" suami cuba menenangkan perasaanku. "Beeb, ayang minta maaf ye...ampunkan dosa ayang dan tolong doakan ayang ye...."

"Iye...Beeb doakan, sabar banyak2x ye, kesakitan ini adalah pahala untuk hapuskan dosa2x"



3 Mar 2010 - Dalam jam 12.30pagi...aku baru mula rasa sakit. Rasa sakit untuk meneran tetapi Dr Intan hairan kerana jalan yang terbuka baru 4cm. Panantian satu penyeksaan...memang benar.... Satu jam setengah....aku bertarung nyawa dan sepanjang tempoh itu Beeb ajarkan aku zikir dan ingatkan Allah sentiasa. Aku titiskan airmata dan rasa bahagia dalam kesakitan bila dapat menggenggam tangan suami yang setia di sisi.
Dah lebih 16 jam.....dan Dr. Intan kata beliau akan bantu dan dpt ku lihat gunting serta vacum yang digunakan. Dengan izin Allah, akhirnya tepat jam 1.36 pagi lahirlah Nur Ainul Afeefa )(cahaya mata kejujuran) cahaya mata ke-4 setelah hampir 1jam setengah menahan kesakitan dan hampir 17 jam di labor room. Malam itu aku demam dan menggigil kesejukan meskipun 3 helai selimut digunakan untuk menyelimutiku. Dalam lemah, ku ucapkan terima kasih kepada 2 org jururawat dan Dr. Intan yang telah membantu menyambut kelahiran ini.


"Kali ini pecah rekod, 17 jam." kata Dr Intan kepadaku sewaktu sesi lawatan disebelah pagi. "Hari ni dah boleh keluar tetapi mandangkan wani demam, saya cadangkan Wani keluar esok sahaja. Baik berehat dulu disini," nasihat Dr. Intan. Saya akur dan sebelum beliau berlalu saya bersalam dengan Dr Intan (Dr. Norintan Zinal Shah http://www.todaypublishing.com.my/)dan meluahkan rasa terima kasih di hati "Dr. Terima kasih banyak2x kerana membantu kelahiran saya kali ini dan saya doakan agar Allah memanjangkan umur Dr, dimurahkan rezeki dan beroleh keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Ada keizinan, saya hendak Dr. juga yang menyambut kelahiran anak ke-5 dan ke-6 nanti"

Ketiga-tiga orang anak saya disambut oleh Dr. Intan dan saya rasa cukup selesa pabila beliau menjadi Dr. menyambut kelahiran anak saya dan ketika saya kesakitan. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan. Pagi itu saya masih lagi demam kuat dan Beeb mandikan saya dan menyuapkan makanan. Badan masih lagi lemah.....Sebelah petang Beeb datang bersama anak2x. Cukup bahagia rasanya bila melihat wajah ceria anak2x yang seronok mendapat adik baru. Bertambah lagi koleksi ceria keluarga Mohamad Hakki Bawadi... Bulan 1, bulan 2, bulan 3 & bulan 4. Setiap bulan akan ada hari lahir untuk anak2x kami :)



Alhamdulillah.... bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w dan bertambah seorang lagi cahayamata penyeri keluarga kami. Saya berdoa semoga Allah berikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mendidik anak2x dan berdoa agar dapat menjadi ibu & isteri yang solehah.


Sabda Rasulullah s.a.w :


" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".

Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

3 comments:

Anonymous said...

tahniah kak wani :)

Anonymous said...

tahniah kak wani :)

alfana said...

mabruk kak wani...moga k.wani dan baby sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga tersayang