Tuesday, March 30, 2010

Bau yg menenangkan dan mendamaikan...

"Hujan ada bau ke?" tanya seorang sahabat kepada ku.

"Ada...Baunya sedap terutamanya bila hujan disebelah petang selepas cuaca panas terik. Aromanya cukup mendamaikan dan menenangkan."
Selain bau kasturi, aku paling suka bau hujan. Di Seremban hampir setiap hari, sebelah petang hujan akan turun. Setiap kali hujan aku akan buka jendela seluasnya untuk merakamkan nikmat menghirup udara segar dan bau hujan. Ya Allah cukup tenang dan mendamaikan. Tak percaya boleh cuba... Sejak kecil lagi aku memang suka bau hujan....dan kadang kala mandi hujan.
Nikmatnya bila hujan turun dan banyaknya air yg turun membasahi bumi sehingga kita alpa betapa susahnya kemarau yg melanda beberapa negara di benua Africa. Air setitik amat sukar diperolehi disana sedangkan dibumi Malaysia...airnya mencurah-curah. Ya Allah...betapa kita tak mensyukuri nikmat yang ada.
Selain bau hujan, cubalah bau dan mencium bayi. Baunya menenangkan dan wangi...Bayi dan si insan kecil ini tidak berdosa maka baunya sedap. Tak dapat saya bayangkan bagaimana manusia sanggup membuang anak sedangkan pabila memandang wajah sikecil ini pun, hati yg gulana menjadi tenang. Apabila menciumnya, rasa semerbak aroma kedamaian.... http://muslimatpasn9.blogspot.com/2010/03/gejala-buang-bayi-perlu-kepada-kaedah.html
Bau kasturi, bau hujan, bau bayi...semuanya bau-bauan ciptaan Ilahi. Bau yang membangkitkan keinsafan dan kerendahan hati betapa besarnya nikmat kurnian Ilahi yg terlalu sedikit kita syukuri. Hayatilah...dan selaminya keharuman bau-bauan ini.

Monday, March 29, 2010

DOA SAHABAT DARI JAUH

Alhamdulillah... beberapa hari lepas saya menerima sms daripada sahabat yg mengikuti Umrah Tarbawi bersama YB ADUN Paroi. Menitis air amata sambil mengaminkan doa sahabat dari jauh. Moga doa dari hati insan yg disayangi ini dimakbulkan.
"Ya Allah, dihadapan Baitullah yang mulia dan di atas bumi kesayangan NabiMU yang agung, ENGKAU limpahkan kasih sayang & rahmatMU ke atas insan-insan yang sangat dekat dihatiku dan ENGKAU tunaikanlah segala hajat-hajat mereka duniadan akhirat. Ameen "

'ZERO' DI SISI ALLAH

Hampir sebulan terperap dirumah dan rasa puas pabila dapat bersama anak2x serta keluarga. Tak sabar rasanya nak kembali hadiri program. "Sabar dulu...rehat betul2x. Jaga kesihatan." suami dan sahabat2x nasihatkan saya.
Banyak juga program kecil dan besar yg saya tak dapat hadiri dan sekadar dengar berita dari jauh. Macam-macam hal dan pelbagai karenah yg didengar. Di kesempatan berehat dirumah...saya renungi setiap peristiwa dan perkara yg berlaku dalam tempoh 2-3 bulan ini.
Terfikir saya kenapa dikalangan org yg beriman masih ramai yang ada rasa sakit dijiwanya? Tak boleh tengok org lain lebih...Tak bolek tengok org lain berjaya...Tak boleh tengok org lain senang.... Tak boleh tengok org lain disanjung.... seolah2x ada hasad di hati. Merasakan yg kita sahaja yang betul.
Kadang kala kita sering fikir, kita sahaja yg betul, org lain salah. Kita sahaja yg buat kerja, org lain tak buat. Kita sahaja yg hebat, org lain kurang. Cakap kita sahaja yang benar, org lain tak benar. Hujah kita sahaja yg tepat dan bernas, org lain tak ada fakta. MasyaAllah... kenapa suka dipandang keburukan org lain dan dlm waktu yg sama merasa kehebatan diri?
Ya Allah....acapkali kita lupa yg kita nie sama sahaja tarafnya dengan org lain. Entah-entah kita lagi hina dina drp yg lain. Kita sebagai manusia..tak ada apa yg hebat. Kehebatan kita sebagai manusia tidaklah dilihat dari asal-usulnya,kuat kerjanya tapi dilihat dari amalannya/ketakwaannya. Kerana sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling bertakwa

Kalau kita betul bertaqwa, kita tak berani nak memfitnah. Kalau betul kita bertaqwa kita takkan berani cari salah org tak tentu pasal. Kalau betul kita bertaqwa, kita takkan pandang negatif kepada org lain.

Yang paling saya takut ialah pabila kita dihadapkan dihadapanNYA kelak dengan ZERO amalan. Beria-ia kita bekerja, beria-ia kita berjuang, beria-ia kita rasa kita yang hebat NAMUN semuanya dipandang sepi di sisi Allah SWT. Nauzubillah... Moga-moga kita semua ini menjadi org yg kaya disisi Allah kelak. Kaya dengan amalan, kaya jiwa, kaya dengan rasa rendah diri, saling memaafi dan melihat seseorang pada kebaikannya. Jangan kita hanya kaya didunia tetapi akhirnya papa kedana di akhirat.

Hakikat kekayaan sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam beliau bersabda : “Tidak disebut kaya karena banyak hartanya, tetapi yang disebut kaya (yang sebenarnya) adalah kekayaan jiwa. “ (HR. Bukhari-Muslim)

"Ya Allah, selamatkanlah aku dari fitnah dunia. Berilah aku kekuatan, ketabahan, kesabaran dan keazaman yang tinggi untuk meneruskan perjuangan di dunia ini. Limpahilah aku dengan kekayaaan jiwa dan senantiasa dibawah petunjukMU. Ameen"

Thursday, March 25, 2010

JIMATKAN AIR...22 MAC HARI AIR SEDUNIA

Ahad lepas, jiran kami di Taman Jujur datang ziarah dan memaklumkan Taman Jujur dan Taman Pelangi di Sikamat telah dua hari tiada bekalan air. Catuan air telah mula dilakukan oleh pihak SAINS dalam musim panas ketika ini. Jika inginkan maklumat tentang catuan air/ gangguan bekalan bolehlah melayari http://www.sainswater.com/v1/bm/.


Meskipun sekarang setiap petang kawasan Seremban sentiasa hujan namun di Rembau payah sekali nak hujan. Angin kuat..langit gelap tapi tak jadi hujan.

Isnin lepas, 22 Mac 2010 merupakan sambutan HARI AIR SEDUNIA dengan tema AIR BERSIH UNTUK DUNIA YANG SIHAT. Tahukah kita bahawa;
--> Manusia boleh hidup lebih dari sebulan tanpa makanan tetapi manusia kebiasaannya hanya boleh hidup dalam tempoh seminggu tanpa AIR.
--> Hanya 1% AIR dimuka bumi ini yang sesuai untuk sebagai air untuk minuman.
--> 70% isi kandungan dalam seekor gajah ialah AIR.
--> 66% dalam tubuh manusia ialah AIR.
--> Purata penggunaan AIR seorang di United States adalah 80 ke 100 gallons sehari


Bagaimana pula penggunaan AIR kita di Malaysia ? Adakah kita ini jenis yang suka membazir AIR? Berapakah bil AIR kita setiap bulan? Yang nyatanya kita di Malaysia masih lagi kurang pendedahan tentang penjimatan AIR dan menghargai sumber AIR.

Thursday, March 18, 2010

Muslimat muda yang tabah...

HALAL HOMEMADE PIZZA SENAWANG.... adalah hasil usaha adik Khairun Nisa yang telah lama sakit tetapi terus berjuang melawan penyakitnya. Adik Nisa' saya kenali dah lebih 5 tahun dan merupakan anak sulung kepada Pn Faridah Yahya, AJK DMPKR. Adik Nisa sering keluar masuk hospital kerna masalah buah pinggang. Nisa adalah peneman setia Pn Faridah dalam setiap program kami....

Dan setiap kali mesyuarat mahupun program DMPKR, adik Nisa pasti membawa buah tangan untuk kami. Pelbagai jenis masakan mampu dihasilkan oleh adik Nisa. Beliau pandai membuat ais cream, kek, chipsmore, puding , dll.


Alhamdulillah...kini adik Nisa kembali pulih. Saya sentiasa mendoakan adik Nisa agar sembuh seperti sedia kala dan mampu merealisasikan impiannya untuk berniaga. Jom sama2x kita bantu beliau dengan membeli PIZZA yang terjamin halal dan suci.

HALAL HOMEMADE PIZZA SENAWANG....
  • Original*

  • Rendang*

  • Seafood*

  • Sate*

  • Vegetable* Dan lain-lain

Untuk tempahan hubungi :012-6634079 (Nisa), 012-2243696 (Kak Faridah)

Doakan mereka selamat pergi & kembali

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir malam ini pd jam 11.30 malam di Surau Taman Tasik Jaya Fasa 1 untuk solat hajat sempena Umrah Tarbawi bersama YB Paroi siri 1 2010. InsyaAllah, rombongan akan bertolak jam 12malam.

Marilah sama2x kita mendoakan agar seluruh ahli rombongan dilindungi, diberkati dan dipermudahkan Allah SWT dalam segala urusan di Tanah Suci. Moga semua dapat menjalankan ibadah umrah dengan penuh kusyuk dan tawaduk. Doakan kami di sini dan sampaikan salam kami ke atas Junjungan Mulia Rasulullah. s.a.w. Doakan kemenangan Islam terus bersemarak di Paroi khususnya, di NS dan Malaysia amnya serta di seluruh dunia.Ameen...

" Ya Alllah....Rindunya hati untuk ke sana semula..... Moga Engkau izinkan kami Ya Allah untuk untuk menjadi tetamuMu pada masa hadapan....Kami menantikan tiket panggilanMU Ya Allah"

Jazakallah atas kunjungan...

Pada 6 Mac yang lepas, rombongan DPMKR telah datang menziarahi saya sempena kelahiran anak yang ke-4, Nur Ainul Afeefa. Rombongan yang diketuai oleh Pn Hjh Ciana telah tiba pada jam 2.45 petang bersama Pn Fauziah, Pn Faridah, Pn Mahani (isteri YB), Pn Rohani dan Pn Zarina.
Meskipun pada masa itu saya baru 4hari bersalin, syukur Alhamdulillah...kehadiran sahabat2x telah menguatkan lagi semangat saya walaupun badan masih lagi lemah selepas demam. Banyak maklumat dikongsi bersama seperti persiapan untuk mesyuarat Agung. Petang itu terasa seperti sesi Usrah bagi kami semua.... :) Sahabat2x DMPKR sempat solat Asar berjamaah di rumah saya sebelum meneruskan ziarah ke rumah Cikgu Zaharah (guru Pasti Amal) yang turut dikurniakan cahayamata yang ke5. Tahniah kepada En Nazri dan Cikgu Zaharah... Bertambah seorang lagi Mujahid di bumi bertuah Paroi.

Wednesday, March 10, 2010

Program Liqa' Fikri Muslimat

Program Liqa Fikri Muslimat Rembau Siri 2 - 2010
Tarikh : 13 Mac 2010 / Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : PASTI Al Fadhil, Taman Bandar Senawang

Bersama : Dr Asiah Ali (AJK Dewan Muslimat PAS PUSAT)
Tajuk : Fahaman Islam Liberal (Peranan Muslimat dalam menangani isu semasa contohnya isu sebat dan hukuman syariah)

Semua muslimat dijemput hadir
Anjuran : Dewan Muslimat Kawasan Rembau

Sunday, March 7, 2010

Detik kelahiran Nur Ainul Afeefa


Lama rasanya tidak menulis diruangan ini. Hari ini genap 5 hari kelahiran Nur Ainul Afeefa, anak yang ke-4. Kelahiran yang cukup unik dan berbeza berbanding kakak2 dan abangnya. Bayangkan berada 17 jam di labor room. Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman kelahiran cahayamata ke-4 ini.


1 Mar 2010- Saya ke tempat kerja seperti biasa kerana ada audit yang perlu dilaksanakan. W/bagaimanapun saya dah mula rasa tak sedap badan dan minta suami ambil di tempat kerja selepas solat Zuhur. Sebelah malam saya tak dapat tidur dan kerap buang air kecil. Suami mengajak saya ke hospital malam tersebut tetapi saya kata masih belum ada rasa sakit lagi...cuma rasa lain macam ajer....Tunggu esok ajelah Beeb.

2 Mar 2010 - Jam 9pagi aku telah berada di Hospital Columbia Seremban. Alhamdulillah, Dr Intan datang awal hari tu dan terus memeriksa aku. Katanya dah buka 2.5cm dan air ketuban dah pecah. "Bila masa air ketuban pecah", tanya Dr. Intan kepadaku.... "Entahlah Dr. saya sendiri pun tak pasti bila coz belum ada pengalaman air ketuban pecah sendiri. Ketiga-tiga org anak yg lepas, air ketuban Dr. yg tolong pecahkan."


Saya terus diminta masuk ke labor room dan dipasang alat pengesan nadi bayi di perut. Sambil terbaring saya sempat telefon emak dan minta suami telefonkan mak mertua. " Mak, wani minta maaf banyak2x jika ada salah dan silap pada mak ye...mak doakan wani ye agar dipermudahkan bersalin"


Bosannya menunggu di labor room..... Entah berapa kali saya ke tandas dan sempat melihat bayi-bayi yang baru lahir dibersihkan oleh jururawat yang bertugas. Selepas Asar sempat berborak dengan seorang bapa yang baru menimang cahayamata sulung. Saya makin gelisah kerana jam dah mencecah pukul 7malam tapi tiada langsung tanda sakit hendak bersalin. Telefon drp mak bertalu2x termasuk Kak Ciana dan sahabat2x yg menunggu....bila agaknya nak bersalin. Jururawat pun hairan keran saya seperti tiada tanda langsung orang yg sakit nak bersalin. Memang keempat-empat orang anak begitu.... rasa sakit datang lambat dan berada di labor room memang lama....cuma kali ini yg paling lama.


Suami pula dah 2 kali balik dan datang semula tapi saya masih macm tu...tak ada gesa nak bersalin. Selepas lewat jam 9mlm (selepas lebih 12jam di labor room), Dr. Intan minta jururawat maskkan air dan ubat supaya saya ada rasa sakit dan gesa hendak bersalin.....Menunggu lagi sehingga hampir 12malam.....Suami memandangku...."Nampaknya anak ini nak lahir 3.3.2010. Sabar...sekejap lagi ye sayang" suami cuba menenangkan perasaanku. "Beeb, ayang minta maaf ye...ampunkan dosa ayang dan tolong doakan ayang ye...."

"Iye...Beeb doakan, sabar banyak2x ye, kesakitan ini adalah pahala untuk hapuskan dosa2x"



3 Mar 2010 - Dalam jam 12.30pagi...aku baru mula rasa sakit. Rasa sakit untuk meneran tetapi Dr Intan hairan kerana jalan yang terbuka baru 4cm. Panantian satu penyeksaan...memang benar.... Satu jam setengah....aku bertarung nyawa dan sepanjang tempoh itu Beeb ajarkan aku zikir dan ingatkan Allah sentiasa. Aku titiskan airmata dan rasa bahagia dalam kesakitan bila dapat menggenggam tangan suami yang setia di sisi.
Dah lebih 16 jam.....dan Dr. Intan kata beliau akan bantu dan dpt ku lihat gunting serta vacum yang digunakan. Dengan izin Allah, akhirnya tepat jam 1.36 pagi lahirlah Nur Ainul Afeefa )(cahaya mata kejujuran) cahaya mata ke-4 setelah hampir 1jam setengah menahan kesakitan dan hampir 17 jam di labor room. Malam itu aku demam dan menggigil kesejukan meskipun 3 helai selimut digunakan untuk menyelimutiku. Dalam lemah, ku ucapkan terima kasih kepada 2 org jururawat dan Dr. Intan yang telah membantu menyambut kelahiran ini.


"Kali ini pecah rekod, 17 jam." kata Dr Intan kepadaku sewaktu sesi lawatan disebelah pagi. "Hari ni dah boleh keluar tetapi mandangkan wani demam, saya cadangkan Wani keluar esok sahaja. Baik berehat dulu disini," nasihat Dr. Intan. Saya akur dan sebelum beliau berlalu saya bersalam dengan Dr Intan (Dr. Norintan Zinal Shah http://www.todaypublishing.com.my/)dan meluahkan rasa terima kasih di hati "Dr. Terima kasih banyak2x kerana membantu kelahiran saya kali ini dan saya doakan agar Allah memanjangkan umur Dr, dimurahkan rezeki dan beroleh keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Ada keizinan, saya hendak Dr. juga yang menyambut kelahiran anak ke-5 dan ke-6 nanti"

Ketiga-tiga orang anak saya disambut oleh Dr. Intan dan saya rasa cukup selesa pabila beliau menjadi Dr. menyambut kelahiran anak saya dan ketika saya kesakitan. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan. Pagi itu saya masih lagi demam kuat dan Beeb mandikan saya dan menyuapkan makanan. Badan masih lagi lemah.....Sebelah petang Beeb datang bersama anak2x. Cukup bahagia rasanya bila melihat wajah ceria anak2x yang seronok mendapat adik baru. Bertambah lagi koleksi ceria keluarga Mohamad Hakki Bawadi... Bulan 1, bulan 2, bulan 3 & bulan 4. Setiap bulan akan ada hari lahir untuk anak2x kami :)



Alhamdulillah.... bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w dan bertambah seorang lagi cahayamata penyeri keluarga kami. Saya berdoa semoga Allah berikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mendidik anak2x dan berdoa agar dapat menjadi ibu & isteri yang solehah.


Sabda Rasulullah s.a.w :


" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".

Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.