Tuesday, November 10, 2009

Membina generasi berakhlak melalui penyusuan


Pertamanya tahniah diucapkan kpd Dr Faridah dan suami, Sdra Shamsul Kamal http://2uzulfa.blogspot.com yang telah berjaya menganjurkan kursus penyusuan untuk para ibu. Syukur keran Allah memberi kesempatan kepada saya untuk menghadiri kursus tersebut pada hari Ahad yg lalu. Kursus setengah hari itu cukup bermakna terutamanya kepada ibubapa yang cukup mementingkan pembangunan akhlak, ilmiah dan jati diri generasi mendatang.
Tertarik dengan sesi tazkirah Ustaz Zaidi bahawa kehancuran nilai moral pd masa ini disebabkan anak2x zaman sekarang mewarisi sifat 'kelembuan' akibat terlalu banyak minum susu lembu berbanding susu ibu. Nilai-nilai moral dan hati anak2x ini sukar dibentuk disebabkan pemakanan sejak kecil lagi. Pengisian daripada Pn Kamariah dari Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL cukup bermakna dan penting untuk direnungi oleh para ibu terutamanya ibu yang bekerjaya. ibu-ibu perlu merasakan betapa banyaknya faedah menyusukan anak.



Sebelum balik saya sempat membeli sebuah buku panduan penyusuan. Memang saya berazam dan berhasrat untuk memastikan penyusuan secara ekslusif dapat dilakukan untuk anak yang bakal lahir ini. Antara isi kandungan buku ini ialah:

Penyusuan susu ibu - Mengapa perlu menyusu secara eksklusif
Perancangan awal untuk ibu bekerja
Persediaan memerah susu
Latihan memerah
Panduan penyimpanan susu ibu
Cara memberi perahan susu ibu
Tips kejayaan penyusuan susu ibu
Cara mudah memantau tumbesaran bayi
Carta pertumbuhan
Sumber makanan berkhasiat untuk merangsang penghasilan susu ibu
Teknik penyusuan yang betul
Cabaran penyusuan susu ibu
Kisah benar penyusuan susu ibu bekerjaya


Buku ini cukup sesuai untuk dibaca oleh para ibu dan bakal ibu yang bercadang untuk menjayakan penyusuan ibu secara eksklusif kepada bayi mereka. Buku panduan ini dapat membantu para ibu mengetahui teknik-teknik penyusuan susu ibu yang betul dan tips-tips yang berkesan untuk ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu walaupun telah kembali bekerja. Keterangan dan nota yang ringkas tetapi padat beserta gambar-gambar yang menarik pasti dapat membantu para ibu memahami panduan yang diberi dengan lebih berkesan.

No comments: