Masih belum terlambat untuk saya coretkan pengisian yang telah diberikan oleh Prof Madya Ustazah Asiah Ali kepada kami muslimat di MTD Paroi khususnya pada 14 Nov yang lalu. Peranan wanita: Hanya isteri dan ibu? Merupakan topik yang dipilih bagi membuka minda muslimat bahawa kita bukan sekadar menjadi isteri dan ibu. Peranan kita sebagi wanita Islam cukup besar bagi membawa generasi masa kini ke arah masa depan yang lebih baik iaitu generasi Rabbani yang menjadikan Islam sabagai satu cara hidup.
Jika kita hanya terfokus kepada peranan dirumah semata2x maka siapakah yang akan menjadi pendidik, pendakwah , agen perubah kepada masyarakat. Sering juga saya tertanya; mengapa majoriti wanita lebih suka bercerita bab baju, bab make up, bab fesyen, orang tu begitu, org ini begini namun tak ramai yang ingin membicarakan masalah sosial remaja masa kini. Kita lebih selesa duduk dirumah selepas balik bekerja dan menguruskan suami dan anak2x. Jarang sekali kita ambil pot apa yg berlaku kpd jiran sekeliling dan masyarakat yang memerlukan perhatian. Alasan yang sering diberi ialah, " JANJI rumahtangga aku bahagia. Malas nak jaga tepi kain orang". Namun hakikatnya "TEPI KAIN" yang kita nak jaga ini ialah peranan dan tanggungjawab kita dalam melaksanakan tugas dakwah. Menjaga 'tepi kain orang' dalam erti kata menjaga kemaslahatannya, kebajikannya dan juga menasihatinya agar kembali ke jalan yang benar.
Ya, memang payah dan sukar dalam membuat kebaikan. Saya juga acapkali rasa terguris, tertekan bila kurangnya dorongan dan sokongan drp sahabat2x utk melaksanakan kerja2x Islam ini. Namun, saya pujuk hati kerana cukuplah Allah bagi saya.Meskipun kita akan dibebani dengan tugas dirumah dan kerja2x Islam di luar rumah, sering saya berpesan kepada diri sendiri supaya tidak melupakan peranan utama sebagi ibu dan isteri. Jika BOLEH tips 4P ini mungkin boleh menjadi panduan bagi membina kerukunan dan kebahgian rumahtangga. Amalkan setiap hari dan setiap ketika sesama suami isteri dan anak2x
P- PANDANG (pastikan setiap hari kita pandang wajah2x insan yang kita sayangi ini. Jika berjauhan tataplah gambarnya. Bila bercakap, renunglah matanya dan pandanglah dengan penuh kasih sayang)
P- PELUK (sebelum keluar rumah setiap kali pergi bekerja, peluklah dan dakaplah isteri, suami dan anak2x. Kita akan rasa semangat dengan sentuhan yg merupakan 'green light' untuk lebih ceria dan yakin sepanjang hari. Suami, bukan setakat biar isteri mencium tangannya, tetapi peluklah isteri dan anak2x dengan kasih sayang dan berdoa agar diberikan kesejahteraan sepanjang hari. Anda akan rasa kesannya bila ianya dijadikan amalan)
P-PEGANG (jika keluar ke mana2x, peganglah tangan isteri dan anak2x. Jadikan budaya memegang tangan pasangan masing2 biarpun usia makin meningkat. Disinilah lahirnya keprihatinan dan kasih sayang. Anak2 pun rasa gembira bila dipegang)
P-PRIHATIN (jadilah insan yg prihatin dan peka dengan pasangan masing2x. Tunjukkan sikap ambil berat dan bertindak cepat bagi memastikan tiada perkara yang boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga. Jangan lakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami/isteri serta anak2x. Jaga mulut dan tindakan)
No comments:
Post a Comment