Monday, March 31, 2008

2 kehilangan - Al Fatihah



28 Mar 2008, Khamis malam Jumaat tepat jam 8.05 Uwan telah kembali ke rahmatullah setelah 2 minggu sakit. Terasa sebak dan cukup sedih kerana saya cukup rapat dengan Uwan sejak kecil lagi. Saya sering temankan Uwan menoreh getah, mencari pucuk paku, 'menggoca' ikan disungai dan menimba lubuk di sekitar ceruk kampung.


Uwan; Sharifah bt Che Wan meninggal dunia di usia 79tahun. Uwan hidup susah dan biasa dengan kerja2x berat sehingga tiada satu perkara pun yang mustahil untuk Uwan lakukan. Kerja menebang dan kerja2x berat turut Uwan lakukan dan kekuatan Uwan ini sedikit sebanyak saya pelajari memandangkan sejak kecil lagi saya merupakan cucu yang sering Uwan ajak untuk masuk ke hutan. Kata Uwan, cucu lain tak tahan lasak...cucu lain malas nak melayan Uwan yang suka mengomel.


Sehingga sekarang masih saya ingat ketika mencari pucuk cemperai di hutan...Uwan tinggalkan saya keseorangan dihutan yang ketika itu saya baru berusia 9 tahun. " kau cari pucuk cempeai sebelah sana, Uwan sebelah sini".Saya ditinggalkan keseorangan dan mula mencari. Setiap 5 minit saya pasti menjerit memanggil nama Uwan untuk memastikan saya tidak sesat. Bila direnungkan balik, saya telah di didik sejak kecil lagi bersama Uwan untuk berdikari. Usia 7 tahun saya telah mencari sayur2x kampung dan mencari ikan untuk makanan kami sekeluarga. Uwan telah mengajar saya untuk menjadi seorang yang tabah, jangan mudah putus asa, jangan mudah mengalah dan sabar dengan ujian.


Walaupun sangat sukar mencari rezeki ketika itu, Uwan telah memberi saya satu inspirasi untuk berjaya dan tidak mudah mengalah dalam hidup. Kata Uwan, kena bersyukur dengan apa yang ada...jangan mudah meminta. kena rajin cari rezeki...InsyaAllah, Allah berikan rezeki.


Selepas tamat persekolahan dan berjaya, saya selalu bawa Uwan berjalan dan Uwan antara peneman setia ketika saya menghadiri program2x jamaah. Uwan akan temankan saya untuk ceramah di sebelah malam yang mana ketika itu saya masih belum berkahwin. Ya Allah, terasa satu kehilangan bila Uwan tiada disisi. Ya Allah, 2 kehilangan dalam 2 bulan yang cukup mencabar ini. Bulan 2, saya kehilangan atuk saudara yang cukup rapat dengan saya dan bulan ini saya kehilangan Uwan tersayang.

Bila memandikan Uwan untuk kali terakhir, cium pipi Uwan terasa sayu yang tidak mampu ditahan. Ya Allah, ampunilah dosa Uwan....rahmatilah rohnya. Moga Allah tempatkan Uwan dikalangan orang2x yang beriman. terima kasih kepada sahabat2x yang turut hadir semasa hari pengkebumian Uwan terutamanya YB Taufek, Hassan Tamby, Sufian, Kak Ciana, Kak Siti, Zarina dan Kak Maznah.

Buat insan yang masih mempunyai Uwan, kasihani dan sayangilah mereka, selagi mereka masih lagi bernyawa.

1 comment:

Mujahidah SMNS said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. sedih bercampur haru membaca kisah ini. maaf ukht, kerana ana tak berkesempatan tandang menziarahi.seperti yang telah dimaklumi.

sedikit seronok membaca kisah ukht walau hakikatnya, sedih dan haru banyak. kerana saya tidak pernah merasa ber uwan... kerana beliau awal dipanggil Ilahi.

kehidupan yang banyak rasa menumpang, menjadikan diri matang dengan kehidupan.apa pun semua itu adalah Nikmat anugerah dan hanya pinjaman belaka dari MAHA PENCIPTA.

"LA YUKALLIFULLAH HUNAFSAN ILLA US `AHA..."

"ALLAH memberi ujian kepada hambaNYA yang mampu memikulnya..."

akhir kata, moga ukht yang ku hormati lagi sayangi, REDHA dan RELA atas pemergiannya.
LILLAHI TAALA

SALAM SAYANG, SALAM PERJUANGAN buat kakak yang kusayang...