Monday, March 31, 2008

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu..Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu..Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baikbuatmu..Oleh itu bersangka baiklah dalam apa jua keadaan,kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA.."
"Wahai Zat Yang Maha Hidup, Yang Maha Mentadbir segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah seluruh urusanku, dan jangan diserahkan kepadaku walaupun sekelip mata. "
[Hadis sahih, riwayat al-Hakim.]

2 kehilangan - Al Fatihah



28 Mar 2008, Khamis malam Jumaat tepat jam 8.05 Uwan telah kembali ke rahmatullah setelah 2 minggu sakit. Terasa sebak dan cukup sedih kerana saya cukup rapat dengan Uwan sejak kecil lagi. Saya sering temankan Uwan menoreh getah, mencari pucuk paku, 'menggoca' ikan disungai dan menimba lubuk di sekitar ceruk kampung.


Uwan; Sharifah bt Che Wan meninggal dunia di usia 79tahun. Uwan hidup susah dan biasa dengan kerja2x berat sehingga tiada satu perkara pun yang mustahil untuk Uwan lakukan. Kerja menebang dan kerja2x berat turut Uwan lakukan dan kekuatan Uwan ini sedikit sebanyak saya pelajari memandangkan sejak kecil lagi saya merupakan cucu yang sering Uwan ajak untuk masuk ke hutan. Kata Uwan, cucu lain tak tahan lasak...cucu lain malas nak melayan Uwan yang suka mengomel.


Sehingga sekarang masih saya ingat ketika mencari pucuk cemperai di hutan...Uwan tinggalkan saya keseorangan dihutan yang ketika itu saya baru berusia 9 tahun. " kau cari pucuk cempeai sebelah sana, Uwan sebelah sini".Saya ditinggalkan keseorangan dan mula mencari. Setiap 5 minit saya pasti menjerit memanggil nama Uwan untuk memastikan saya tidak sesat. Bila direnungkan balik, saya telah di didik sejak kecil lagi bersama Uwan untuk berdikari. Usia 7 tahun saya telah mencari sayur2x kampung dan mencari ikan untuk makanan kami sekeluarga. Uwan telah mengajar saya untuk menjadi seorang yang tabah, jangan mudah putus asa, jangan mudah mengalah dan sabar dengan ujian.


Walaupun sangat sukar mencari rezeki ketika itu, Uwan telah memberi saya satu inspirasi untuk berjaya dan tidak mudah mengalah dalam hidup. Kata Uwan, kena bersyukur dengan apa yang ada...jangan mudah meminta. kena rajin cari rezeki...InsyaAllah, Allah berikan rezeki.


Selepas tamat persekolahan dan berjaya, saya selalu bawa Uwan berjalan dan Uwan antara peneman setia ketika saya menghadiri program2x jamaah. Uwan akan temankan saya untuk ceramah di sebelah malam yang mana ketika itu saya masih belum berkahwin. Ya Allah, terasa satu kehilangan bila Uwan tiada disisi. Ya Allah, 2 kehilangan dalam 2 bulan yang cukup mencabar ini. Bulan 2, saya kehilangan atuk saudara yang cukup rapat dengan saya dan bulan ini saya kehilangan Uwan tersayang.

Bila memandikan Uwan untuk kali terakhir, cium pipi Uwan terasa sayu yang tidak mampu ditahan. Ya Allah, ampunilah dosa Uwan....rahmatilah rohnya. Moga Allah tempatkan Uwan dikalangan orang2x yang beriman. terima kasih kepada sahabat2x yang turut hadir semasa hari pengkebumian Uwan terutamanya YB Taufek, Hassan Tamby, Sufian, Kak Ciana, Kak Siti, Zarina dan Kak Maznah.

Buat insan yang masih mempunyai Uwan, kasihani dan sayangilah mereka, selagi mereka masih lagi bernyawa.

Sunday, March 30, 2008

Minumlah Air Suam/Panas Selepas Makan

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum the panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

JANGAN dan JANGAN

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

SWOT

The SWOT model

A SWOT analysis process generates information that is helpful in matching an organisation or group’s goals, programs, and capacities to the social environment in which it operates. The ‘SWOT’ itself is only a data capture exercise - the analysis follows later.

Strengths: positive tangible and intangible attributes, internal to an organisation and within the organisation’s control.

Weaknesses: internal factors within an organisation’s control that detract from the organisation’s ability to attain the desired goal. Which areas might the organisation improve?

Opportunities: external attractive factors that represent the reason for an organisation to exist and develop. What opportunities exist in the environment, which will propel the organisation? Identify them by their ‘time frames’.

Threats: external factors beyond the organisation’s control which could place the organisation mission or operation at risk. The organisation may benefit by having contingency plans to address them if they should occur. Classify them by their severity and probability of occurrence.

It is important to note the strengths and weaknesses are intrinsic value-creating skills or assets, or the lack of, relative to competitive forces. Opportunities and threats are external factors which are not created by the organisation, but emerge as a result of the competitive dynamics caused by future gaps in the market.

Wednesday, March 26, 2008

TIPS 7M untuk wanita cantik


Memang tiada siapa yg tidak mahu menjadi cantik. Setiap orang juga pasti kelihatan cantik jika mereka mempunyai kualiti '7M'.


  1. Musyarakah- yakin bahawa dirinya memang mempunyaikecantikan tersendiri.

  2. Murakabah- menerima dengan insaf dan syukur keadaan diri sendiri.

  3. Muhasabah- sentiasa melihat kekurangan diri danmemperbetulkannya.

  4. Muaqobah- sentiasa mendidik diri agar berusaha menjadi wanita sempurna.

  5. Muqarrabah- sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT.

  6. Mujahadah- berusaha melawan segala bentuk hawa nafsu yang cuba menguasai diri.

  7. Muarabah- cuba menghakis segala kejahatan yang ada dalam diri.

Moga menjadi panduan kepada semua wanita yang ingin sentiasa cantik dan anggun di sisi Allah, suami dan anak2x.

* tips yang saya perolehi dalam http://www.melayu.sg/forum/index.php

Urutan Refleksologi

URUTAN REFLEKSOLOGI KAKI

Baru-baru ini salah seorang pakar urutan ini menguhungi saya dan bersedia menawarkan bantuan untuk mengajar sayatentang urutan refleksologi.

Antara yang cukup menarik dimaklumkan tentang urutan refleksologi kaki yang mana ianya sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak.

APAKAH KELEBIHAN URUTAN INI?
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reputMenyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kakiMengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggulMengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelak risiko sembelitMengurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Saya bercadanga kan mengadakan kursus ini di NS pada hujung bulan April nanti. InsyaAllah, moga En Fauzi dapat membantu saya menjadi tenaga pengajar.

Monday, March 24, 2008

Jumble Sale untuk Wanita


Di jemput semua wanita untuk hadir mendapatkan barangan yang murah seperti pakaian, majalah den beg-beg terpakai. Harga serendah RM2- RM10 sahaja. Mari kunjungin gerai kami pada tarikh berikut;

1) 30 Mac 2008 - Dataran Senawang pada jam 11.00 - 2.00 petang
2) 5 April 2008 - Kompleks Sukan Paroi pada jam 8.30 pagi - 11.00 thari
3) 6 April 2008 - Apartment Seroja, taman tasik jaya pada jam 8.30 pagi - 12thari
Sila hubungi : Pn Norwani Ahmat 013-3851202 untuk pertanyaan

Jom bantu Ibu Tunggal

Sambutan Maulidur RAsul yang lepas, kami muslimat di Dun Paroi sempat menziarahi beberapa orang ibu tunggal di Taman Tasik Jaya,Senawang. Terdapat lebih kurang 8 orang ibu tunggal di taman tersebut dan ada yang benar-benar memerlukan pertolongan kita.

Rasa terharu mendengar kisah Pn Sabariah yg kehilangan suami dalam bulan Syawal yg lepas dan kini menanggung 3 orang anak. Beliau tidak bekerja dan dulu suaminya hanya mengajar kelas mengaji Al Quran. Beliau risau kerana dah 2 bulan tidak mampu membayar harga bulanan motorsikal milik arwah suaminya.

Ya Allah, ramainya yang susah disekeliling kami.Berilah kekuatan kepada kami untuk membantu mereka. Kami sempat memberikan sedikit sumbangan kepada Pn Sabariah dan Pn Zaleha. InsyaAllah pada 30 Mac ini kami akan serahkan sumbangan barangan keperluan dapor kepada 20 orang ibu tunggal di sekitar Dun PAroi.

Kepada yang ingin menyumbang boleh hubungi Pn Norwani - 013-3851202

Tuesday, March 18, 2008

Indahnya Penulisan

Bengkel penulisan kreatif 16 Mac 2008 yang lepas cukup bermakna kepada saya kerana dapat bertemu dengan penulis novel & cerpen terkenal, Profesor Amina atau lebih dikenali dengan nama pena ANIS.

Rasa bersemangat untuk menulis kembali kerana bidang penulisan dan puisi memang satu bidang yang amat saya gemari. Cuma semenjak bekerja minat ini terpaksa ditinggalkan akibat terlalu sibuk dengan urusan kerja. Jika di zaman persekolahan berpuluh sajak dan puisi yang saya berjaya hasilkan dalam setahun tetapi kini, satu puisi pun belum tentu dapat dihasilkan dalam setahun.

Harumnya puisi dan indahnya bahasa, sentuhan dan pembentangan yang cukup menarik oleh Pn Mahaya Mohd Yasin, Musyi Dewan dan pesyarah di IPRM. Walaupun kehadiran tidak ramai namun majoriti remaja yang hadir merupakan bakal penulis muda.

InsyaAllah, doakan kelahiran buku sulung saya dalam sebulan 2 ini yang bertajuk " Gelombang hijau di Daerah Beradat". Buku puisi yang lepas masih lagi tidak keluar. Moga Allah berikan ilham untuk terus menulis. InsyaAllah