Monday, November 26, 2007

MASA kita

Bila ke tempat kerja, kita akan cuba sedaya upaya untuk tiba awal. Masa amat kita jaga, takut datang lewat ke tempat kerja. Takut prestasi kerja di nilai apabila sering lambat. Takut di marah boss apabila lambat.


Namun hairan bin ajaib bila masa kita untuk aktiviti lain kita tak jaga. Contohnya bila datang meeting, kita seringkali datang lambat dengan alasan 'orang lain pun akan lambat juga'. Bila sembahyang pun kadang kala kita sering terlewat. Buat sembahyang di akhir waktu dengan alasan, masa masih ada lagi; janji jangan sembahyang di luar waktu.


Walaupun mungkin remeh, MASA perlu kita jaga. Biasakan diri untuk menepati masa tak kira untuk urusan dengan Allah, manusia dan makhluk lain. Jika kita ada haiwan peliharaan, pastikan ia di beri makan 'on time'. Kasihan mereka kerana kita sering lalai dan meremehkan masa. MASA umpama emas dan hasilnya akan kita dapat bila kita menghargainya.

No comments: