Wednesday, November 28, 2007

Rezeki kurniaan Allah

ANEH TTETAPI BENAR

Anda inginkan rezeki yang banyak dari Allah SWT. Ini adalah beberapa petua yang saya amalkan dan Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada walaupun duit tiada.

1. Banyakkan bersedekah - jangalah kedekut / kemut untuk memberi kepada sesiapa sahaja
2. Usah berkira - jangan kita terlalu berkira dengan sesiapa sahaja baik boss, keluarga, sanak saudar atau jiran tetangga.
3. Redha dan lapang dada - sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Walaupun org lain mampu beli yg mahal2x , jangan dinilai dengan mata kasar tapi nilailah dengan mata hati
4. Raikan orang yang kita sayang- banyakkan memberi hadiah dan sedekah kepada sauadara terdekat lebih2x lagi ibubapa kita, adik beradik, makcik2x, pakcik2x. InsyaAllah rezeki anada murah
5. Doakan mereka yang susah - selalulah berdoa kpd Allah untuk mereka2x yg susah dan di timpa bencana

InsyaAllah, anda pasti menerima rezeki yang melimpah ruah dari Allah SWT. Perlu diingat rezeki itu bukannya harta sahaja tetapi ketenangan hati, kebahagian rumah tangga, keharmonian, kesungguhan bekerja, kerendahan hati juga adalah rezeki yang tidak ternilai dari Allah

1 minit sebelum bekerja

1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI WA
SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
perkataan
Langkah 3:
* Sampaikan kepada orang2 yang anda kasihi.

Monday, November 26, 2007

Wali Allah di Singapura






21 Nov 2007 semasa urusan kerja di Singapura selama seminggu, saya sempat menziarahi makam wali Allah yang cukup terkenal di Singapura. Habib Noh...Siapakah beliau?




Tak kenal maka tak cinta. Demi menyusuri liku hidup Habib Noh, seorang wali yang terkemuka di Singapura ini. Untuk makluman Keramat Habib Noh, yang terletak di kawasan pusat bandar Singapura. Terletak di atas bukit di Palmer Road, Makam Habib Noh jelas kelihatan jikalau kita sedang memandu di lebuh raya East Coast Parkway. Ada yang mungkin hairan mengapa makam ini masih lagi wujud di tengah-tengah kawasan bandar Singapura. Tempat ini penuh dengan sejarah dan kisah-kisah mengenai Habib Noh juga menkagumkan. Namun beliau bukan sahaja dikenali sebagai orang yang soleh, malah dinilai juga sebagai kalangan ‘Itratin Nabi saw”.


Yang menariknya, di belakang makam Habib Noh, terdapat sebuah makam yang dipercayai adalah Makam Qadhi pertama Singpura pada era British. Beliau dikatakan anak saudara Habib Noh dari kaum kerabat Alhabsyi, namanya Saiyid Abdur Rahman Bin Salim Al-Habsyi r.a yang wafat pada tahun 1867. Bagaiman pula dengan mereka yang bukan Islam? Saya difaham kan kawasan Palmer Road terletak di zon pelabuhan yang antara paling sibukdi dunia. Oleh itu ia terjejas oleh pembangunan semula bandar. Menurut rancangan pemerintah, antara lain, Makam Habib Noh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindakan demi membolehkan ECP dibina lurus. Jawatankuasa Makam dan Masjid telah merayu kepada agensi-agensi pemerintah yang berkenaan agar kawasan itu dipelihara. Sedang hubungan surat-menyurat berlaku antara dua pihak, komnttaktor pembangunan telah menempatkan beberapa jentolak untuk mulakan pemugaran. Anehnya, semua jentolak tidak dapat dihidupkan. Akhirnya, lebuh raya terpaksa dibina membelok. Namun di Singapura ini bukan hanya terdapat Makam Habib Noh.




Motivasi diri

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: Kami beriman kepada Allah; kemudian apabila dia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, dia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu dia taatkan manusia) dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk? Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui akan orang-orang yang munafik. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 10 - 11).

MASA kita

Bila ke tempat kerja, kita akan cuba sedaya upaya untuk tiba awal. Masa amat kita jaga, takut datang lewat ke tempat kerja. Takut prestasi kerja di nilai apabila sering lambat. Takut di marah boss apabila lambat.


Namun hairan bin ajaib bila masa kita untuk aktiviti lain kita tak jaga. Contohnya bila datang meeting, kita seringkali datang lambat dengan alasan 'orang lain pun akan lambat juga'. Bila sembahyang pun kadang kala kita sering terlewat. Buat sembahyang di akhir waktu dengan alasan, masa masih ada lagi; janji jangan sembahyang di luar waktu.


Walaupun mungkin remeh, MASA perlu kita jaga. Biasakan diri untuk menepati masa tak kira untuk urusan dengan Allah, manusia dan makhluk lain. Jika kita ada haiwan peliharaan, pastikan ia di beri makan 'on time'. Kasihan mereka kerana kita sering lalai dan meremehkan masa. MASA umpama emas dan hasilnya akan kita dapat bila kita menghargainya.

Tuesday, November 20, 2007

Konsep 5S dalam mendekati masyarakat

5S dalam usaha semua pihak untuk mendekati masyarakat,

S- Salam
S- Sapa
S- Senyum
S- Sembang
S- Silaturrahim

Setiap orang kena biasakan diri bersua dengan masyarakat. Jika tidak, kita seolah-olah terpinggir dan bersendirian bila bersama masyarakat yang tidak dikenali. Lidah kelu hendak berkata sebab tak biasa bersama masyarakat. Kena letak target dlm diri satu hari, satu kenalan. Kalau saya naik komuter, saya akan pastikan dapat kenal satu org satu hari. Kita kena mulakan dulu. Beri salam, tanya nak ke mana, senyum, sembang lagi and then minta contact no/ email. Teruskan berhubung dan medan silaturrahim kita bertambah. Tak kira muslim/non muslim.

anda adalah perubah keadaan, bukan terubah dengan keadaan. Teruskan 5S!

Tips 4B dalam pemilihan makanan

Tips 4B...

BERIMAN - pastikan orang yang menjual makanan menutup aurat secara sempurna, akhlaknya dalam urusan jual beli dijaga, menjaga solat (selalunya kalau kita biasa membeli di tempat yang sama, kita akan tahu sama ada mereka pergi solat atau tidak. Ada yang berniaga suami isteri, isteri solat...suami berniaga dan sebaliknya)

BERSIH - pastikan persekitaran gerai bersih sama ada dari segi penyediaan makanan dan orang yang menjual (berkuku pendek dan kemas). Elakkan makanan yang telah dihurungi lalat

BERZAT- belilah makanan yang berzat dan berkhasiat. Elakkan makanan yang berlemak, terlalu masin dan manis.Awas kolestrol tinggi.

BERKUALITI - pastikan makanan yang kita beli mempunyai kualiti dari segi bentuk, saiz, rasa dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Perlu diingat, makanan akan menjadi darah daging kita ke arah pembentukan jasad,minda dan roh. Di samping halal yang menjadi pra syarat utama, tips 4B diats di harap dapat membantu. Alangkah baik kalu para ibu dan wanita dapat memasak sendiri dan mengurangkan membeli makanan diluar bagi memastikan anak2x dan seisi keluarga terhindar dari makanan yang memudaratkan.