Thursday, October 30, 2008

AL Fatihah buat Hj Osman

Al -Fatihah kita sedekahkan kepada arwah Hj osman, antara orang kuat Pas di Kg Pulau yang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi 30 Oktober 2008. Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah dikalangan insan2x terpilih dan soleh.

Moga hidayah Allah milik mereka

Kali ini tahun ke-2 kami sekeluarga menziarahi jiran yang berbangsa India ketika dijemput ke rumahnya pada hari Deepavali. Merujuk kepada statement Dato' Dr Harun Din dan juga Dr Yusoff Al-Qardawi yang membenarkan kita yang beragama Islam meraikan sahabat dan jiran serta kaum keluarga yang non Muslim. Tapi ada juga pandangan2x sebahagian ulama' yang agak keras dimana tidak boleh lansung mengucapkan atau ziarah dalam hari perayaan mereka. Bagi saya, masing2x ada hujah yang tersendiri dan kita boleh ikut yang mana berdasarkan ilmu kefahaman kita.

Ambil pendekatan bahawa kita tidak meraikan perayaan mereka. Tetapi kita meraikan hak mereka sebagai seorang jiran, haknya sebagai seorang sahabat, haknya sebagai salah seorang kaum keluarga (Bagi yang mualaf). Berbuat baik kepada mereka selagi ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Alhamdulillah, meskipun jiran kami di sebelah kiri dan kanan rumah berbangsa India; belakang rumah pula Cina; namun nilai setiakawan cukup erat.
Jiran inilah yang menjadi 'pengawal', mata dan telinga sewaktu kami suami isteri keluarga bekerja. Sewaktu kami pergi umrah, sewaktu saya outstatio...mereka tolong perhatikan keadaan rumah dan kadang kala tolong bersihkan rumput dan pokok di hadapan pagar rumah. Pokok mangga kami yang dahulunya umpama segan hidup, mati tak mahu; makin subur menghijau apabila sering dibaja oleh Uncle Dason.

Kami sekeluarga berdoa agar Allah bukakan hati Uncle Dason sekeluarga serta Dr Raymund sekeluarga untuk Islam satu hari nanti. Buah tangan dari mereka sekeluarga untuk kami tidak pernah putus terutamanya Dr Raymund yang sering menghadiahkan buahan2x tempatan kepada kami. InsyaAllah, hidayah Allah pasti akan jadi milik mereka satu hari nanti.

Tuesday, October 28, 2008

Usahawan muda

2 bulan lepas saya telah memulakan usrah untuk remaja2x perempuan yang mula berminat untuk mendalami Islam. Ke semua anak usrah saya ini 'free hair' dan bila salah seorang daripada mereka menyatakan hasrat untuk mencari ilmu dan pengisian tentang Islam, saya rasa terpanggil untuk membantu.
Rasa kasihan melihat anak2x remaja ini yang inginkan kebaikan dan perubahan namun menurut mereka; tak ramai yang ingin berikan sokongan. Ramai yang pandang serong dengan imej mereka yang tidak bertudung dan sesekali memakai pakaian yang agak menjolok mata. Saya sering berdoa agar mereka ini akan berubah pada satu hari nanti. Pendekatan yang saya ambil lebih kepada sikap seorang kakak menasihati adik. Mendekati mereka, memahami masalah mereka, mengetahui kelebihan dan kekurangan mereka dan cuba selitkan kata2x nasihat setiap kali kami berjumpa. Meskipun pertemuan hanya diadakan 2 minggu atau sebulan sekali namun sering juga mereka menziarahi saya. Salah seorang adik usrah saya bernama Mira. Mira merupakan usahawan yang dikira agak muda. Dalam usis 22 tahun, Mira telah mempunyai sebuah salon kecantikan.Terdapat 3 orang pekerja di salon Mira yang mana ke semuanya dilatih dalam bidang kecantikan dalam usia yang muda.

Baru-baru ini saya sempat mengunjungi salon Mira ketika beliau mengadakan majlis jamuan hari raya untuk pelanggannya. Yang bagusnya, kesemua makanan yang dihidangkan kepada pelanggan pada hari itu di masak oleh Mira dan kawan2x usrah yang lain. Ya Allah, saya berdoa semoga adik2x ini diberikan hidayah dan kekuatan kepada Allah untuk sentiasa berada di dalam landasan Islam. mereka sering berkata kepada saya " Angah, kami inginkan suami yang baik. Orang yang boleh bimbing kami tapai kami masih belum baik lagi". " InsyaAllah, kita doa dan azam untuk jadi wanita yang baik dan insyaAllah, pasti Allah kurniakan insan yang baik untuk kita"
Bagi yang ingin mendapatkan rawatan cucian muka, SPA, mandi luhur dan sebagainya; bolehlah mengunjungi salon adik Mira ini.

Jahitan manik tarik minat para suri

24 Oct 2008 – Kursus jahitan manik yang dianjurkan oleh Muslimat Paroi Pasti Amal, Taman Marida mendapat sambutan yang sungguh menggalakan dikalangan para surirumahtangga di sekitar taman di Senawang. Dalam program tersebut, para peserta telah diberikan tunjuk ajar asas tahap 1 tentang jahitan manik pada baju kurung oleh tenaga pengajarnya Pn Norashikin. Kursus yang diadakan secara PERCUMA itu telah memberi banyak manfaat kepada peserta terutamanya suri rumah untuk cuba mempraktikan latihan yang diberikan bagi mengurangkan beban kos dengan menghantar baju ke kedai jahitan. Menjahit manik ini boleh dijadikan hobi sambilan bagi mengisi masa lapang disamping dapat menambahkan pendapatan.
Menurut tenaga pengajar, Pn Norashikin; trend menjahit manik pada baju kian mendapat sambutan dikalangan kaum wanita. Bukan setakat baju dan tudung, malah jahitan bersulamkan manik dan kristal ini turut terkenal dalam aksesori lain seperti gelang, cincin dan pin tudung. Sedikit sebanyak ianya menambahkan keserian kepada semua pakaian dan aksesori wanita. Walaupun kain yang dibeli tidak berapa mahal namun apabila di sulami dengan manik dan kristal, ianya akan menambahkan lagi seri si pemakai. Pn Norwani, selaku pengarah program turut memaklumkan bahawa siri-siri jahitan manik pada masa akan datang akan cuba diteruskan memandangkan sambutan yang amat menggalakan dikalangan para wanita dan remaja. Bagi yang berminat untuk mendapatkan aksesori berasaskan batu mutiara dan kristal bolehlah mendapatkannya di gerai Pn Norashikin di Giant Senawang ataupun di Seremban Parade. Puan Norashikin boleh dihubungi di talian 019-6535145.

Monday, October 27, 2008

Jamuan ADUN Paroi meriah


25 Oct 2008 – Jamuan Hari Raya yang diadakan oleh YB ADUN Paroi, Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani cukup meriah dengan kehadiran lebih 3000 orang tetamu. Jamuan yang diadakan di Dataran Senawang, pada jam 2-5 petang tersebut disajikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan sendiri oleh semua petugas Majlis Tindakan Dun Paroi, dibawah kelolaan En Hassan Tamby. Disamping pelbagai juadah tradisional seperti, ketupat, lemang, rendang, nasi impit dan nasi beriani; terdapat juga beberapa juadah istimewa seperti mee hun sup, kueh teow goreng dan cucur panas yang dibawa khas oleh pihak Adabi.

Program makin ceria apabila 500 orang kanak-kanak yang hadir menerima hadiah ais krim dan sumbangan duit raya oleh YB Paroi yang turut di sampaikan oleh En Hassan, Hj Shukri (Ketua Dewan Pemuda Pas Rembau) dan Pn Mahani (iseri YB). Pihak urusetia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penderma, dermawan dan AJK yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan program. Kehadiran tetamu daripada pelbagai bangsa menunjukkan tiadanya lagi persepsi negatif non-malay terhadap pimpinan Pas yang dipilih. Dalam waktu yang sama program dimeriahkan dengan acara kuiz yang dikendalikan oleh Sdr Fad dan hadiah disumbangkan oleh Mr Yau selaku ketua Kelab Penyokong NS. Saya tidak melepaskan peluang bergambar bersama isteri Mr Yau dan Pn Hjh Fatimah (veteran Pas di Ampangan).

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan ramai sahabat-sahabat yang mendoakan agar cuaca sepanjang program baik hingga ke tengah malam. Ada yang buat solat hajat mohon kepada Allah semoga majlis berjalan dengan lancar dansempurna. Syukur ke hadrat Allah diatas kurnian nikmat yang tidak terhingga. Jazakallah... kepada semua UPU, guru-guru pasti, muslimat Paroi, pemuda , Unit Amal dan AJK2x yang terlibat. Moga Allah merahmati anda semua di dunia dan diakhirat.

Thursday, October 23, 2008

Kasut sekolah RM4.90?

" Ummi, nanti tahun depan Ain tak payah beli kasut ye. Kasut Ain elok lagi" kata-kata Ain melegakan hati. Alhamdulillah, anak-anak ini faham. Tak elok membazir. membazir adalah amalan syaitan. Lebih-lebih lagi masa sekarang. Sekarang adalah masa terbaik untuk menabung…masa untuk berjimat. Ekonomi tidak berapa stabil dan jika dibaca artikel-artikel dan ulasan pakar ekonomi; ramai berpendapat bahawa krisis ekonomi masa kini lebih teruk berbanding tahun 1998. Jangkaan ekonomi akan pulih seperti biasa ialah pada tahun 2011.
Meskipun harga minyak turun sedikit namun harga barang-barang keperluan terus melambung tinggi. Bagi ibubapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah; bebanan kewangan kian mencabar tenaga dan minda. Tak lepas juga kepada kaum lelaki yang isterinya tidak bekerja. Hidup kian meruncing buat ibu tunggal yang tiada pendapatan mahupun pekerjaan tetap. Lebih memilukan mereka telah hilang tempat bergantung. Apabila meneliti scenario ekonomi sekarang kita selaku para ibu harus memainkan peranan bagi memastikan keperluan rumahtangga dapat diuruskan dengan sebaiknya dan konsep berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Kalau boleh cari barang yang berkualiti dengan harga yang murah. Bagi saya; kalau menepati citarasa, lagi murah lagi bagus. Contohnya kasut sekolah anak yang berusia 5 tahun saya beli diTesco. Sepasang hanya RM4.90 dan kami beli 2 pasang. Alhamdulillah, sampai hujung tahun kasutnya masih elok seperti baru. Tak koyak, tak ada rekahan dan warna pun tak luntur. Syukur kepada Allah kerana anak memahami perkara ini. Dia tak minta bukan-bukan. Mungkin dia faham ada ramai lagi insan yang tidak dapat kasut baru. So, kita sebagai ibubapa kalau nak berbelanja fikirlah banyak kali. kadang kala anak boleh toleransi namun sikap sesetengah ibubapa tidak mahu toleransi dengan kemampuan sendiri. Bagi saya, jangan ikut orang. Meskipun kita mampu beli yang mahal, fikirlah akan banyak lagi perkara yang boleh dibuat dengan duit yang sedia ada. Contoh yang mudah; berilah pada yang tiada agar terhibur hati mereka yang lara.

Saturday, October 18, 2008

Muhamad Ammar...Mujahid akhir zaman

Alhamdulillah...Salah seorang ahli usrah kami Ainul Shahrazat; telah selamat melahirkan seorang anak lelaki. Beliau juga merupakan salah seorang AJK Nisa NS. Ainul dan Dhuha(suami) adalah antara orang kuat dalam kempen edar risalah di Dun Paroi semasa PRU-12 yang lepas. Syukur tidak terhingga kepada Allah kerana mempermudahkan segala urusan beliau sekeluarga. Bagi sahabat yang ingin mengucapkan tahniah boleh SMS kepada beliau di nombor 0136971176.


Bila adanya anak, 100% kehidupan akan terasa perbezaannya. Dulu berdua, kini bertiga. Apa2x sahaja yang ingin kita lakukankan; seringkali akan teringtakan anak. Anak...anak...anak...bahagianya diri pabila rumahtangga dikurniakan dengan cahayamata. Sedih sangat pabila teman2x sepejabat masih belum dikurniakan anak selepas lebih 3 tahun berkahwin. Saya sering mendoakan agar Allah kurniakan zuriat kepada ex-boss saya. Saya ingin semua wanita yang telah berkahwin merasa nikmatnya, bahagianya apabila bergelar ibu
Duhai anak…
Bila merenung wajah comelmu
Bila dibelai ubun-ubunmu
Bila ditatap sekujur tubuhmu
Air mata Ummi mengalir pilu
Dikau tidur dalam sendu
Sendiri selalu

Duhai anak…
Jika mampu ummi ucapkan
Jika terdaya ummi suarakan
Jika kuat ummi kotakan
Apa yang mampu Ummi sediakan
Agar dirimu bahagia dan tenang

Duhai anak...
Hidup ini penuh pancaroba
Hidup ini bak putaran roda
Sesekali ketawa..sesekali berduka
Usah dirimu lupa insan yang derita
Usah sombong berlagak kaya
Usah di caci pada yang hina
Kerna kita hanya insan biasa
Amat kerdil disisiNya
Amat dhaif di hadapan Pencipta
Jika tanpa iman di jiwa

Duhai anak...
Saban ketika Ummi berdoa
Agar semuanya jadi insan berjaya
Taat pada perintah Yang Esa
Berjuang untuk agama nan mulia
Cinta pada Allah, Rasul dan ibubapa
Moga engkau bahagia
Di dunia dan akhirat selamanya

Nukilan
Nur mutiara @ ummu azzam

Blogger NS

POLITIK N.SEMBILAN
PAS N.Sembilan http://pasnns.blogspot.com
PAS Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com
PAS Johol http://joholhariini.blogspot.com
PAS Jelebu http://pasjelebu.blogspot.com
PAS Tampin http://pastampin.blogspot.com
PKR N.Sembilan http://pkrn9.blogspot.com
PKR Kuala Pilah http://gerbangkeadilankp.blogspot.com
PR N.Sembilan http://pakatanrakyatn9.blogspot.com
PR Juasseh http://jemapohku.blogspot.com
Pemuda PAS N.Sembilan http://dppn9.blogspot.com
Pemuda PAS Seremban http://pemudapasseremban.net
Pemuda PAS Jempol http://pemudapasjempol.blogspot.com
Media PR N.Sembilan http://prn9.blogspot.com
UMNO Paroi Jaya http://umnoparoijaya.blogspot.com

AKTIVIS MASYARAKAT N.SEMBILAN
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas http://telokkemang.blogspot.com
YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com
YB Hj Aminuddin http://aminuddinharun.blogspot.com
YB Loke http://lokesiewfook.blogspot.com
YB Khairy http://www.rembau.net
CheguBard http://chegubard.blogspot.com
Mohamad Rafie Ab Malek http://rafiemalek.blogspot.com
Ali Maidin http://sokongpr.blogspot.com
Dr Rosli Yaakop http://drrosliyaakop.blogspot.com
Anak Muda N.Sembilan http://amkns.blogspot.com
Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com
Saiful Bahari Jaaman http://orangklawang.blogspot.com
Mohd Nazree Yunus http://minda-pemuda.blogspot.com
Dharmala NS http://abdulmulukdaud.blogspot.com
Ust Abd Halim http://inijalanku.wordpress.com
Ampangan http://ampanganboulevard.blogspot.com
Cikgu Din http://tuklong-ns.blogspot.com
Dzull http://dzulhaqq.blogspot.com
Hamedon http://hamedon-wadanislam.blogspot.com
Atriza http://atriza.blogspot.com
Maarof Kassim http://maarofkassim.blogspot.com
Nisah Haron http://annyss.blogspot.com
Dr Thinagaraj http://dravidar.blogspot.com
Biduanda Gadong http://biduanda-gadong.blogspot.com
Kamal Affendi Hashim http://kamalfndhashim.blogspot.com
At Tibyan http://at-tibyan.blogspot.com Dr Faridah http://2uzulfa.blogspot.com
Tampin http://tpnns.blogspot.com
Husaini http://sut07.blogspot.com
Alumni Gadong http://ulugadong.blogspot.com
Nisa Seremban http://nisaseremban.blogspot.com

Tuesday, October 14, 2008

Pantun Gurindam Syawal buat Bonda

* Sempena Majlis Hari Rraya PPP Kawasan Seremban

Bulan Ramadhan bulan keberkatan
Merebut ganjaran pohon keampunan
Sembilan bulan didalam kandungan
Bonda berdoa dalam penantian

Bulan Syawal semakin berseri
Kunjung mengunjung maaf-bermaafan
Dari tapak kaki sebesar dua jari
Kita dibesarkan penuh pengharapan

Syawal dirai, Ramadhan di jaga
Segala amalan tak pernah leka
Bonda berkorban jiwa dan raga
Menjaga, membelai saban ketika

Sanak saudara , jiran tetangga
Menyambut Syawal penuh gembira
Jasa bonda tiada nilainya
Kasih bonda membawa ke syurga

Ketupat, lemang jadi hidangan
Tetamu dijamu penuh bahagia
Pengorbanan bonda tiada tandingan
Suci hatinya berjiwa mulia

Syawal tiba mengakhiri Ramadhan
Beduk dipalu takbir berkumandang

Pulanglah beraya di kampung halaman
Mengubat rindu bonda tersayang

Nukilan
nur mutiara

Monday, October 13, 2008

Mereka perlukan maklumat

"Datanglah sini lagi Puan, ajarlah kami Puan. Banyak perkara lagi yang kami belum tahu". pinta salah seorang supervisor yang meminta saya membantu mereka. Ya, memang banyak yang perlu dibantu. Lebih2x lagi keadaan mereka yang terletak nun jauh di Sabah. Mereka perlukan tunjuk ajar dan maklumat yang cukup.

Komitment mereka cukup tinggi. Kesungguhan dan keprihatinan mereka dalam aspek keselamatan, kesihatan dan alam sekitar cukup membanggakan. Apakan daya; jarak dan masa memisahkan kami. Perjalanan agak jauh iaitu sekitar 2jam setengah penerbangan dari Semenanjung, 30 minit kereta dan disambung dengan 45 minit perjalanan menaiki bot. Kecut juga perut apabila bot bergerak laju menyusuri kawasan paya bakau.Orang Sabah cukup berbudi bahasa dan pandai meraikan tetamu. 'Sea food' disana cukup murah dan tentu sahaja peluang untuk makan sea food tidak dilepaskan setiap malam jika berkesempatan. Di tengah kejauhan di Sandakan Bay, terjalin satu hubungan yang cukup akrab sesama mereka. Walaupun pelbagai bangsa, pelbagai warganegara; masih ada lagi semangat persaudaraan yang saya lihat hanya mampu dibentuk melalui persaudaraan Islam. Rasa sayu apabila azan berkumandang di dataran yang terasing ini...

Sunday, October 12, 2008

Ziarah kekasih

Bila mengenangkan banyaknya kehilangan yang saya hadapi pada tahun 2008 disusuli dengan pelbagai peristiwa yang menduga hati dan perasaan, rupanya ianya adalah ujian nikmat yang tidak ternilai harganya. Di uji dengan kesusahan dan keresahan sebelum bertemu dengan ketenangan dan nikmat yang tidak ternilai apabila menziarahi bumi haram Makkah dan Madinah. Menziarahi kekasih Ilahi, makam Rasul tercinta Rasulullah s.a.w. Dah lama saya mengidam untuk ke tanah suci. Setiap kali musim haji dan setiap kali ada sahabat yang berjaya menjejakkan kaki ke sana, nun jauh disudut hati tersimpan rasa cemburu. Air mata pasti mengalir kerana hajat tidak kesampaian. Cemburu apabila suami menceritakan kisahnya yang pernah pergi kesana. Ya Allah, bilalah agaknya aku dapat kesana. Alhamdulillah...hajat dan doa terkabul akhirnya. Kami memilih bulan Ramadhan untuk mengerjakan umrah kerana ganjaran pahalanya sama dengan mengerjakan haji. Memang ramai yang tidak mahu pergi pada bulan Ramadhan kerana cuacanya yang agak panas dan bilangan jemaah yang cukup ramai. Jika inginkan keselesaan, mungkin pada cuaca dingin dan selepas bulan haji.
Menceritakan pengalaman apabila kali pertama melihat kaabah; umpama satu mimpi yang realiti. Sukar untuk digambarkan pelbagai perasaan di dijiwa. Pelbagai rasa.... dan linangan air mata mengalir tanpa diminta. Maha Suci Allah, Maha Besar Allah diatas setiap kejadian. Dapat sujud dan berdoa di hadapan pintu kaabah adalah merupakan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan untuk selamanya. Melihat jutaan umat Islam yang berlumba-lumba beribadat, merebut ganjaran di bulan yang mulia.
Kesempatan membawa mak yang juga kali pertama menjadi tetamu Allah, adalah pengalaman yang cukup berharga. Mak menangis kerana kata mak; "kita daripada keluarga susah. Belum seorang pun daripada keturunan mak sejak zaman nenek moyang dulu yang dapat jejakkan kaki ke sini. Semuanya hidup susah. Tak ada yang kerja besar". "Tak apalah mak. Syukur banyak2x kerana kita telah dijemput menjadi tetamu Allah dan Allah telah cukupkan keperluan kita, tanpa kita jangka. Ada orang yang berduit, tetapi belum datang surat jemputan dari Allah; maka mereka tidak hadir ke sini." Dalam keadaan mak yang tidak berepa kuat untuk berjalan, Allah telah mudahkan urusan kami untuk menjaga mak.

Selama 10 hari kami di Makkah dan setiap hari ada sahaja pengalaman-pengalaman berharga yang ditempuhi. Setiap hari kami hadiri kuliah dan sering diperingatkan oleh Ustaz Khairuddin akan pantang larang yang perlu dijaga selama berada di tanah haram. Sempat juga menziarahi tempat2x bersejarah di bumi Makkah seperti Gua Tsur, Padang Arafah, Medan Uhud, Mina dan beberapa masjid yang terkenal disana.

Wednesday, October 8, 2008

Tahun kesedihan

Ramai juga kawan2x bertanya.. " bila nak buat open house?". Tiada majlis open house tahun ini. Rumah kami sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak hadir cuma tiada majlis khusus. Tahun ini kami banyak kehilangan orang tersayang.

Bermula awal tahun, dimana atuk meninggalkan kami. Kemudian diikuti dengan uwan. Selepas itu diuji dengan adik yang sakit. Sebelum Ramadhan, abah pula dijemput Ilahi. Ketika kami menunaikan umrah, nenek hakki pula meninggal dunia.

Maha suci Allah diatas setiap ketentuan. Saya pun cuti tak panjang. Selepas raya terus terbang ke Sabah selama seminggu untuk urusan kerja. Maid pula masih di Indo untuk bercuti raya. Minggu depan pula sibuk dengan pembentangan projek dan anak pula nak periksa. Moga Allah berikan kekuatan untuk meneruskan urusan didunia dan membantu jentera Allah untuk aktviti2x menegakkan Islam.
Salam aidilfitri drp kami sekeluarga. Jemputlah dtg ke rumah.

Terasing di bumi sendiri...

Minggu ini saya menjalankan latihan untuk supervisor ladang di Sabah. Ini kali ke-3 saya menjejakkan kaki ke sini.Bezanya kali ini ianya atas urusan kerja dan agak banyak tempat yang saya pergi iaitu di KK, bandar Sandakan, Sandakan bay, Sentosa


Bila ditanya pekerja disini tentang keadaan bekerja di Sabah; masing2x mengelengkan kepala. Bagi mereka lebih seronok bekerja di Semenanjung. Bagi org Semenanjung, semuanya berdoa agar dapat kembali semula bekerja di Semenanjung. Alasan mereka ialah apabila berada di Sabah, terasa seperti berada di tanah air orang lain. Lebih ramai pekerja asing dan orang asing berbanding rakyat pribumi Malaysia. Jika di KK, keadaan masih OK lagi. Namun di Tawau, Sandakan, Ranau; majoriti adalah orang Filipina dan Indonesia. Habis tempat dinominasi mereka. Bila berjalan di Sandakan, terasa saya berada di negara Filipina dan Indonesia.


Kami dipandang asing dan terasing.Terasing di bumi sendiri.

Saturday, October 4, 2008

Rezeki buat mereka

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah diatas kurniaan nikmat dan rezeki yang mencurah daripada para dermawan untuk Pusat Khidmat Dun Paroi sepanjang Ramadhan yang lepas. 2 minggu di Makkah dan Madinah, kami memanjatkan doa agar Allah pelihara pejuang2x Islam di bumi Paroi, NS dan Malaysia amnya dari sebarang perkara2x yang tidak diingini.

Utusan SMS silih berganti antara saya dan Hjh Ciana. Bertanyakan khabar akan perkembangan di Paroi. Syukur Alhamdulillah kerana sumbangan datang mencurah2x untuk insan yang memerlukan di dun Paroi. 28 Sept, datang lagi sumbangan dari warga kilang NXP. Jazakallah, diatas keprihatinan sahabat2x yang meneruskan usaha membantu mereka yang memerlukan.

Rezeki buat ibu tunggal, anak yatim dan fakir miskin dun Paroi makin bertambah. Kami turut panjatkan doa buat sahabat2x agar rezeki masing2x bertambah dan dipermudahkan Allah SWT. 2 minggu disana, merupakan rezeki dan nikmat yang tidak ternilai rasanya. Sebutlah apa sahaja, mintalah apa sahaja; AUTOMATIK Allah akan kabulkan. Sekadar pengalaman pada hari pertama mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan yang lepas. Penat yang tidak terkata.... Kami buat tawaf dan saie sebelum subuh kerana hendak pastikan emak selesa apabila ditolak dengan menaiki kerusi roda. Tawaf ditingkat 2 masjidilharam memakan masa yang agak lama. Kami cuba untuk habiskan sebelum subuh dan ketika itu tekak terasa cukup dahaga. Sempat maklumkan kpd suami untuk bersahur dengan air zama-zam dahulu kerana takut kami tidak sempat bersahur. Baru sebut sahja air zam-zam, secara tiba2x; 2 cawan air zama-zam dihulurkan oleh seorang wanita Arab ketika kami sedang tawaf. Selepas itu, setiap pusingan pasti ada sahaja tangan yang menghulurkan air zam-zam kepada kami. Alhamdulillah, kami kenyang dan bertenaga bersahur dengan air zam-zam.

Maha suci Allah diatas segala ketentuan. Di sana makan cukup mewah. Bukan mewah seperti di Malaysia tetapi mewah dengan hati budi orang2x yang hadir disana. Sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Ketika sedang menunggu waktu subuh, tiba-tiba wanita Turki menghulurkan secawan kopi panas yang cukup lazat kepada saya. Kemudian dapat lagi roti dan buah limau. Rezeki mak pun cukup murah, dapat sejadah dan tasbih yang diberikan oleh seorang wanita arab berketurunan Perancis.

Ya Allah, banyaknya rezeki yang Enkau kurniakan kepada kami. Cuma kami yang seringkali alpa dalam mensyukuri nikmatmu. ampunkan kami Ya Allah, berkatilah kami Ya Allah..