Friday, May 28, 2010

GULA VS ROKOK

Hampir setiap hari kita mendengar keluhan peniaga berkenaan kekurangan stok gula di pasaran. Di Seremban khususnya beklan gula semakin kritikal dan cukup sukar nak diperolehi. Baru-baru ini Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) negeri memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pemborong dan peruncit di Negeri Sembilan yang mengingkari undang-undang berhubung penjualan gula.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
Masalah kekurangan gula saban tahun berulang namun tak pernah lagi kita dengar berita kekurangan bekalan rokok di pasaran. Adakah sebab rokok ini harganya 3-5 kali ganda dari gula maka bekalannya tak pernah putus? Adakah sebab jual rokok lebih untung dari jual gula? Adakah pengguna rokok lebih ramai dari pengguna gula?

Mungkin sebab rokok ini lebih banyak hasil pendapatan dan cukai berbanding gula. Meskipun kedua-duanya mempunyai kesan negatif kepada kesihatan, rokok ini lagi parah kerana ianya mengandungi 4000 bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Justeru tu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjadikan 31hb Mei setiap tahun sebagai sambutan Hari Dunia Tanpa Tembakau. http://www.who.int/tobacco/en/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Dunia_Tanpa_Tembakau

Saya menyeru kepada semua perokok tak kira lelaki ataupun wanita untuk berazam berhenti merokok. Menjelang tahun 2000, ulama dunia dan MajFatwa Kebangsaan juga sepakat menjatuhkan hukum merokok itu HARAM. Sebab apa? Sebab terbukti bahawa merokok tu merupakan pembunuh dalam diam (silent poisoning). Dalam banyak statistik daripada WHO, terbukti bahawa banyak kematian dari kanser paru-paru, mulut, trakea, dan macam-macam lagi disebabkan oleh rokok. Ulama-ulama ini berpegang dengan ayat al-Quran dari surah al-Baqarah “..berdosalah kamu jika kamu memudaratkan diri kamu sendiri..”


Pesanan ini lebih-lebih lagi saya tujukan kepada semua pejuang Islam yang berjuang menegakkan kalimah Allah. Jika kita tidak mampu merubah diri sendiri meninggalkan yang haram, maka adalah cukup sukar untuk kita hendak mengubah insan lain meninggalkan perkara-perkara yang dilarang agama. Saya dokan agar Allah memberikan kekuatan semua perokok yang telah berazam untuk berhenti agar dipermudahkan urusan kerana segalanya bermula dengan niat. Jika kita dan berniat dan berazam untuk berubah...maka Allah akan beri jalan.

Berhentilah merokok untuk kesejahteraan dan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Adalah cukup indah jika wang yang dibazirkan untuk membeli rokok itu di gunakan untuk membantu insan lain.

Thursday, May 27, 2010

Sepetang bersama "UNTUKMU WANITA"


22 Mei 2010, Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah meraikan kaum wanita yang bergelar ibu dan guru dalam satu program UNTUKMU WANITA. Alhamdulillah, dalam program tersebut 20 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan berbentuk barangan, cenderahati Hari Ibu dan wang tunai hasil sumbangan para dermawan.

Di kesempatan itu juga, isteri YB ADUN Paroi iaitu Pn Mahanim; bersama Cik Kumutha telah merasmikan Pusat Khidmat Kaunseling Wanita DUN Paroi. Pusat khidmat kaunseling ini akan memberi peluang kepada ibu tunggal khususnya dan para wanita untuk meluahkan permasalahan bagi mengurangkan tekanan masalah rumahtangga yang dihadapi.
Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh AJK program terutamanya adik2x Nisa Rembau yang telah bertungkus lumus menjayakan program. Tidak lupa juga kepada Pn Fazilah Abu Samah, Ketua Dewan Muslimat PAS N.Sembilan, Cik Kumutha, Mrs Yau; isteri kelab penyokong PAS, Pengerusi Biro Wanita ISMA dan seluruh tetamu yang hadir termasuk para dermawan dan AJK Pas Rembau yang turun membantu.

Moga Allah sahajalah yang dapat membalas jasa kalian. Buat semua ibu SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU buat anda yang telah mendidik generasi kini menjadi insan yang soleh dan solehah.

LIQA FIKRI MUSLIMAT REMBAU

Liqa Fikri muslimat Rembau untuk kali 3 telah dilaksanakan pada 15 Mei yang lepas di Pasti Zulfaa, Taman Sri Kasih Senawang. Alhamdulillah, hampir 30 orang muslimat hadir termasuk guru-guru Pasti Rembau. Saya bersyukur kerana Dr. Asiah Ali telah bersetuju menjadi Naqibah kami untuk siri Liqa Fikri Muslimat Rembau yang diadakan setiap 2 bulan sekali. Ada muslimat yang bertanya kepada saya, kenapa perlu program Liqa Fikri sedangkan mereka telah mengikuti usrah?

Saya maklumkan bahawa Liqa Fikri ini bertujuan untuk menyelaraskan kembali fikrah harakah untuk ahli-ahli muslimat yang telah pun berusrah di kelompok-kelompok kecil yang pelbagai. Penyelarasan fikrah ini perlu untuk melahirkan wehdatul fikr seterusnya menzahirkan wehdatul amal terutamanya dalam menghadapi pelbagai isu semasa. Maka semestinya Naqibah yang kami pilih adalah 'figure' yang betul-betul mantap fikrahnya, dimana Dr Asiah adalah Ali Jawatankuasa Lujnah Tarbiyyah PAS Pusat.

Liqa Fikri juga merupakan platform bagi kepimpinan jemaah untuk menyalurkan maklumat kepada ahli-ahli usrah. Keputusan-keputusan rasmi yang telah disyurakan kadang kala memerlukan kepada penjelasan dan liqa fikri adalah tempat yang terbaik untuk berbuat demikian. Justeru itu, sebagai ahli dan pimpinan Muslimat; program Liqa Fikri ini adalah sebagai sumber ilmu untuk melengkapkan diri menghadapai pelbagai persoalan semasa dan 'stand' PAS dalam menangani isu semasa yang dikemukakan pihak lawan.

InsyaAllah, Liqa Fikri muslimat seterusnya akan diadakan pada bulan Julai, September dan November 2010. Yang uniknya, setiap program Liqa Fikri akan diadakan disetiap pasti di dalam Kawasan Rembau. Setakat ini Dr Asiah telah berpeluang melawat 4 buah pasti didalam DUN Paroi. Terima kasih kepada Kak Yati, Pengerusi MGP yang sama-sama memberi sokongan menjayakan Program Liqa Fikri muslimat ini serta adik-adik Nisa Rembau yang setia mengikuti pengisian.

Bantulah mereka

9 Mei yang lepas, Yayasan AMAL Cwangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Paroi telah mengadakan program sumbangan dan Kajiselidik untuk 50 orang ibu tunggal di sekitar Paroi. Program soal selidik itu telah dikelolakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah Unit Psikologi Kesihatan (UPK), Fakulti Kesihatan Bersekutu yang berfungsi sebagai unit penyelidikan serta unit pengajaran, dan juga sebagai khidmat masyarakat dari segi perkhidmatan psikologi klinikal dan penyebaran maklumat tentang kesihatan mental.
Kaji selidik ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesihatan mental dan psikologi yang dihadapi oleh ibu tunggal. Setiap ibu tunggal yang hadir diminta menjawab lebih dari 100 soalan-soalan yang diutarakan dalam kaji selidik tersebut. Dalam ucapan aluan, Pengerusi Yayasan AMAL NS, Sdra Sufian Ibrahim telah memberikan kata-kata motivasi kepada ibu tunggal yang hadir kerana begitu tabah dan sabar mengharungi kehidupan sebagai ibu&ayah kepada anak-anak. Di akhir program, YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada semua ibu tunggal yang hadir.
Dikalangan ibu tunggal yang hadir, terdapat lebih 10% yang tidak boleh membaca dan ada antara mereka yang tidak mampu datang kerana tidak mempunyai wang tambang ke tempat program. Ayuh bantulah mereka sama ada dari segi sokongan dan motivasi, barang-barang keperluan mahupun dari segi tenaga. Segala sumbangan boleh disalurkan ke;
Sumbangan Pusat Khidmat Paroi melalui akaun Bank Islam Msia Bhd (BIMB)
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902
Hubungi Sdr Hassan 019-2171942

Monday, May 17, 2010

Program Untukmu Wanita


Semua wanita bergelar ibu dan pendidik dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program Untukmu Wanita yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau dengan kerjasama Muslimat MTD Paroi.
Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Pusat Khidmat DUN Paroi, Taman Tasik Jaya Senawang
Masa : 2.30 petang


Sebarang pertanyaan tentang program boleh berhubung dengan Pengarah program Pn. Fauziah (013-7779328) ataupun Setiausaha Pn. Masita (019-2655059).

Wednesday, May 5, 2010

Petugas Muslimat Rembau P.94

Di kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jentera DMPNS terutamanya Muslimat PAS Kawasan Rembau yang merupakan wakil teramai dalam siri gerakkerja piliharaya di P.94- Hulu Selangor. Sekalung tahniah khas buat Pn Hjh Che Bee dan Pn Hjh Satariah dari Chembong yang tinggal lama diHulu Selangor membantu kontinjen PAS NS.

Meskipun kemenangan bukan milik kita namun pengalaman, kesungguhan dan kesabaran yang ditunjukkan dalam gerakkerja pasti membuahkan kenangan manis yang sukar dilupa sampai bila-bila.

Kenangan bersama Cik Kumutha dalam kempen kami di Taman Kenari

Jelajah PASTI Rembau

Alhamdulillah, 2 minggu sebelum tamat cuti bersalin , saya sempat menziarahi ke semua 10 PASTI di dalam kawasan Rembau. Syukur ke hadrat Allah, kerana program Jejak PASTI ini berjalan seperti yang dirancang. Ziarah saya ditemani sepenuhnya oleh adik Atriza dan turut disertai oleh Pengerusi MGP Negeri Sembilan iaitu Pn Norhayati. Sesi lawatan saya bermula 19 April 2010 di Pasti Zulfa dan Pasti Amal.
kenangan di PASTI Khadijah. Guru muda ini begitu cekal hatinya
bersama anak-anak di Pasti Al-Amin
sempat bertanya khabar kepada guru di Pasti Hidayah, Tasik Jaya
Meskipun baru berumur 4 tahun, pelajar ini dah pandai mengenali huruf

Pasti Al -Hikmah, TTJ
Kenangan bersama Pn Mazanah, salah seorang tenaga pengajar di Pasti Amal

Sewaktu ziarah, saya sempat berbincang dari hati ke hati dengan Pn Norhayati tentang halatuju dan penglibatan Pasti dalam aktiviti Muslimat di Rembau.

Berbincang dari hati ke hati tentang perjalanan PASTI di NS

Syukur, maklumbalas yang diterima amat baik terutamanya daripada majoriti guru Pasti yang ingin turut serta dalam aktiviti dan gerak kerja Muslimat.

Di doakan agar PASTI di NS ini khususnya akan terus berkembang maju dan mendapat tempat di hati seluruh masyarakat. Buat anak-anak PASTI, semoga anada semua dipermudahkan Allah dalam urusan menuntut ilmu dan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan diakhirat.