”Tak apa Kak Long. Sabar… belajar rajin2x. Buktikan Ayong mampu buat perubahan. Makngah pun susah dulu. Ibu Ayong pun dah lama susah dan hanya belajar setakat SRP aje. Ayah Ayong pulak kerja siang malam nak cari duit. Kesusahan inilah yang sepatutnya menjadi motivasi kepada Ayong untuk terus belajar. Biarlah orang nak kata apapun. Yang penting Ayong usaha betul2x. Biar susah sekarang, sesak sekarang.InsyaAllah Allah akan bagi jalan jika kita usaha.” sering saya ingatkan Kaklong untuk berusaha.
Alhamdulillah. Hari ini Ayong (Nurul Aqidah bt Muhammad Anuar...bertudung hitam) berjaya mendapat 8A dalam PMR dan telah menjadi kebanggaan sekolah serta keluarga.”Makngah....makngah....ayong dapat 8A. Ayong nak masuk sekolah sains aliran agama. Ayong nak belajar bahasa Arab tinggi. Nanti makngah tolong Ayong isi borang ye” Menangis dalam gembira, Kaklong menelefon saya.
Alhamdulillah.Allah kabulkan doa Ayong. Siapa sangka anak seorang pemandu boleh berjaya. Siapa sangka budak kampung yang bersekolah diluar bandar boleh berjaya. Siapa sangka pelajar yang pernah mendapat bantuan Baitulmal boleh menjadi pelajar cemerlang.
Syukur ke hadrat Allah kerana kabulkan doa Kaklong saya. Kaklong cukup gembira kerana dulu dia tak berkesempatan mengambil SPM akibat kesempitan hidup. Bila anak sulungnya berjaya, Kaklong tak habis2x ucap syukur. Ayong anak harapan keluarga yang bakal mengubah kehidupan keluarganya. Saya tahu Kaklong hidup susah dan kepada sayalah tempat beliau mengadu. Banglong yang bekerja sebagai pemandu turut bekerja sambilan di kampung Pelegong, Batu 8 Labu untuk menambahkan pendapatan. Ada kalanya Banglong menoreh, tebang pokok, buat pagar dan lain2x. Nak harapkan gaji bulanan, manakan mampu untuk sara 5 orang anak.
InsyaAllah, moga kejayaan ini menjadi satu iltizam baru buat Ayong. Berusaha, bersabar dan bertawakal. Allah pasti akan kabulkan. ”Sabarlah...Ayong. Makngah pernah melalui segala keperitan dan kepayahan ini. Hasilnya bukan sekarang, Allah pasti kabulkan.”