Thursday, May 15, 2008

Kelebihan TEA dari aspek kesihatan

Minggu lepas, kami sempat mengunjungi Melaka bagi mengadakan CSR aktiviti sebagai salah satu agenda dalam Young Manager Development Programme yang kami sedang ikuti sehingga Oktober ini.Lama rasanya tidak mengadakan mengunjungi Melaka dan aktiviti 'exploraquest' yang diadakan sesama kami membawa erti yang cukup besar terutamanya mengunjungi gerai-gerai lama dan unik disekitar bandaraya Melaka. Antaranya Museum Maritim, Kedai Che Ros Kebaya, Kedai Antik Abdullah, Kedai jam antik, Kedai tea Sin See, Gerai senilukis, rumah Munsyi Abdullah, Masjid Kampung Kling dan pelbagai lagi.


Apa yang amat menarik hati saya ialah apabila sempat bertemu ramah lebih setengah jam dengan "Tea Master" yang menerangkan kelebihan tea. Antaranya;

1. Tea boleh menghilangkan bau - balutkan hampas tea didalam kain dan ianya boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan atau pun hampasnya diletakkan di dalam bilik air untuk menyerap bau busuk

2. Tea juga boleh menghilangkan kekotoran dan bau kaki iaitu dengan merendamkan kaki didalam hampas tea yang tidak digunakan dengan air yang sedikit suam

3. Bagi mereka yang mempunyai masalah kehitaman/ lebam di bawah kelopak mata, boleh mengamalkan dengan meletakkan hampas tea di atas mata sambil berbaring

4. Hampas tea juga boleh menjadi baja apabila diletakkan di sekeliling pokok

5. Dari sudut kesihatan, tea adalah salah satu agen yang boleh mengurangkan risiko menghidapi penyakit kanser. Tetapi mesti mendapatkan tea yang benar-benar berkualiti dan sebaik-baiknya kita meminum tea tanpa gula

Thursday, May 8, 2008

Selamat Hari Ibu... 11 Mei

Saya nukilankan sajak dan luahan hati ini buat ibu yang saya cintai dan buat sahabat-sahabat yang bergelar ibu. Juga kepada semua ibu-ibu tunggal dan semua kaum wanita yang cukup tabah dan cekal dalam melaksanakan tugas sebagai ibu. SELAMAT HARI IBU BUAT KALIAN

Ibu…
Suci kalbumu
Senyum kasihmu
Redup wajahmu
Penenang jiwa yang pilu

Ibu…
Gemersik suaramu
Tabah hatimu
Sentuhan belaianmu
Penyemarak jiwa yang lesu

Ibu…
Air matamu kedukaan bagiku
Senyum tawamu kegembiraanku selalu
Pengorbanan sucimu….Kasih cintamu
Umpama sang Ratu

Ibu…
Ku mohon keampunan
Ku doakan kebahgiaan dan keselamatan
Moga beroleh kerahmatan dan keredhaan
Bersama segenap keampunan dan kecintaan
Atas segala pengorbanan dan kesetiaan
Mengandungkanku sembilan bulan
Menjagaku dengan penuh pengharapan
Mendidikku untuk mengenal Tuhan

Ibu…
Tiada satupun yang mampu mngatasi jasamu
Izinkan ku melafazkan bait rindu syahdu
Menyintaimu saban waktu
TERIMA KASIH IBU
ENGKAULAH RATU.... SELAMAT HARI IBU.

Wednesday, May 7, 2008

Kursus keagamaan buat para wanita

Assalamu'alaikum wbt

Banyak kursus-kursus keagamaan dan informasi terkini yang dianjurkan oleh Majlis Agma Islam NS. Sila layari http://www.mains.gov.my

Sambutan Hari Ibu Peringkat Dun Paroi

Semua di jemput hadir beramai-ramai menjayakan Sambutan Hari Ibu Peringkat Dun Paroi
Tarikh: 31 Mei 2008
Tempat: Dataran Senawang
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang

Acara:
1) Deklamasi sajak untukmu Ibu
2) Forum - Semurni Kasih Ibu ....Ibuku, Ratu Hatiku
3) Anugerah Ibu Mithali
4) Cabutan bertuah
5) Produk dari ibu untuk ibu

Maklumat lanjut sila hubungu Pn Norwani (013-3851202)

Jumble Sale lagi...

Jumble Sale Muslimat Rembau akan diadakan sekali lagi pada minggu ini;

Tarikh: 10 Mei 2008
Tempat: Padang Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya (sempena sukan bola jarik dan bola sepak, PAsti Kawasan Rembau)
Barangan: Jualan pakaian, makanan, produk HPA, jubah dari Dubai, tudung bermanik dll.

Sila hubungi SU kerja Muslimat Paroi; Pn Zarina untuk maklumat lanjut (013-3098779)

Sunday, May 4, 2008

Tinggal 2 bulan lagi...destinasi baru buat mereka

Hampir setahun saya membawa usrah untuk adik2x naqibah di Kolej Mara Seremban dan tinggal 2 bulan lagi mereka akan menamatkan pengajian disini. Selepas itu masing-masing akan terbang ke luar negara bagi meneruskan bidang pangajian sama ada dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, TESL, dll.

Rasa sekejap sungguh masa berlalu....Hubungan yg terjalin seperti adik dan kakak ini cukup bermakna kpd saya. Mungkin disebabkan kami kerap bertemu seminggu sekali sewaktu usrah. Pabila dapat memberikan pengisian kepada adik2 ini, saya selalu berdoa agar Allah memelihara mereka dari segala godaan dan pancaroba sewaktu menuntut diluar negara.
Mudah-mudahan sedikit ilmu yang saya kongsi bersama adik2x sewaktu usrah, akan menjadi panduan kepada mereka untuk menjalani kehidupan dan menjadi pelajar muslimah yang mampu menjaga keselamatan maruah diri.
Saya turut bercadang mengadakan 'dinner' dan doa selamat di rumah saya untuk meraikan anak2x usrah saya,sebelum mereka berangkat ke luar negara. Tinggal 2 bulan lagi, mereka akan hilang dari pandangan saya. Moga mereka semua mampu menyinar bak mutiara walau dimana sahaja mereka berada.

Jika Aku Mampu Manangis...

Ya Allah...
Rasa kerdilnya diri pabila diuji
Rasa tertekan jiwa bila di keji
Rasa sebak dihati bila disakiti..
Namun mampukah aku menangis?
Bila terkenang kisah muslimah setabah Asiah
Bila ku renung pengorbanan Khadijah
Bila ku hayati sejarah Sumaiyyah


Ya Allah...
Mampukah aku menangis?
Bila insan disisiku menggarap kasih
Bila sahabat dikanan mengharapkanku
Bila si ibu merintih sayu
Bila nenek meruntun rindu, sakit tak tentu

Ya Allah...
Mampukah aku menangis?
Bila insan lain turut menangis
Bila di cerca bahasa yang sinis
Bila cuaca dilanda hujan gerimis
aku kadangkala pasrah ya Allah
tetap menangis dalam diam
aku kena tabah, aku kena kuat

Hanya padaMu Ya Allah...kekasih hati
Penguat jiwa raga,cinta nan setia
Ku yakin perjuangan di landa gelora
Namun mengalah...harapnya tiada
Kerana ku tahu..adanya dosa dan pahala, syurga dan neraka
SEMUA INSAN PASTI KE SANA....

Saturday, May 3, 2008

Uniform Kami


Ramai yang meminta saya carikan satu uniform untuk muslimat Paroi. Alhamdulillah, dapat juga saya mencari kain ela yang sesuai dan harga dalam RM40 sepasang.Harga sebenar dalam RM35 sahaja, namun saya letakkan harga RM40, RM5 perlu dimasukkan ke dalam tabung Muslimat Paroi. Selepas ini AJK dan muslimat disini boleh pilih satu antara 2. Siapa yang x minat buat baju kurung, boleh buat jubah dan sebagainya.
Alhamdulillah, 10 pasang terjual semasa Mesyuarat Agung kami dan RM50 dapat dimasukkan ke dalam tabung. Nampaknya saya kena tambah stok baru. InsyaAllah, mungkin esok kena cari kain lagi.

Hati seorang ibu...

Ya Allah... sayu hatiku bila dipeluk dan dicium oleh Pn Siti yang seusia denganku namun beliau keseorangan. Hati ibu tunggal ini begitu sayu apabila menerima sumbangan dari isteri YB Paroi pagi tadi. Menurut beliau, anaknya sakit dan beliau terpaksa menjaga anak serta mencari nafkah dalam masa yang sama. Kesempitan hidup menyebabkan beliau hanya makan sekali dalam sehari.

Sambil menangis, beliau menerangkan yang beliau benar2x kesempitan wang dan tiada siapa yang ingin membantu. Beliau tidak menyangka menerima sumbangan yang cukup besar nilainya di saat beliau kesusahan. Bila dipeluk 2 kali berturut2x terasa bahawa "Ya allah bersyukurnya aku kerana masih mempunyai suami, bersyukurnya aku kerana masih mempunyai sahabat2x, Ya Allah bersyukurnya aku kerana masih bersama agamaMu."

Bagi kita yang masih bernasib baik, sama-samalah kita membantu ibu tunggal ini. Hari ini sahaja, hampir 10 orang menerima sedikit sumbangan dari YB Paroi bagi meringankan penderitaan mereka. Ramai lagi diluar sana yang emnanti kehadiran kita untuk membantu...Kita makan dengan perut yang kenyang namun ada yang kelaparan.

PPP - Usianya lebih tua dari kemerdekaan negara

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan atau PPP telah selamat menjalankan mesyuarat agung kali ke 54 daerah Seremban petang tadi di Taman Murugesu, Jln Dato' Siamang Gagap. AGM kali ini telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia Datin Hjh Maimunah bt Abdul Wahab.

Buat kali pertama setelah dilantik sebagai Naib Pengerusi PPP cawangan Tasik Jaya, saya telah menjadi perwakilan untuk AGM kali ini yg turut dihadiri oleh Pn Norlijah sebagai Pengerusi PP Tasik Jaya, Pn Nur Ciana, Setiausaha dan Pn Faridah sebagai AJK.

Kami sempat bergambar bersama2x pimpinan PPP. Rupa-rupanya PPP ini telah wujud sebelum kemerdekaan lagi namun aktivitinya masih belum meluas terutamanya di NS. Banyak aktiviti PPP yang juga dikenali sebagi WI - Woman Integration , lebih berbentuk aktiviti dalaman untuk ahli. Mungkin ini merupakan satu lagi platform yang perlu diterokai oleh muslimat di NS memandangkan ramai kaum ibu berminat dalam aktiviti masak-memasak, menyulam dll.Satu penglaman baru bagi kami yang berjaya duduk sebaris dengan wanita PPP.

Aktiviti lanjut tentang PPP yang agak aktif di Pulau Pinang http://www.ncwo.org.my/wi.htm


Thursday, May 1, 2008

Kursus Percuma Untuk Ibu Tunggal dan Keluarga Miskin

Kursus Taska di rumah untuk ibu-ibu tunggal dankeluarga miskin di Seremban. Percuma 5 hingga 9 Mei2008. Anjuran Tadika Murni. Maklumat lanjut hubungi PnRozita 012-3321552

Wednesday, April 30, 2008

Nani... oh Nani....


'Ummi...bila ummi nak beli kek Nani?Kenapa Ummi tak beli kek Nani?" Soalan anak betul2x menguris hatiku. 22 April adalah hari jadi Nani yang ke3, sama dengan sambutan Hari Bumi Sedunia. Patutlah anakku macam 'stress' dan moody. Rupa-rupanya permintaan untuk sebuah kek belum tercapai.

Seringkala kita abaikan perasaaan anak2x kecil ini yang mana usia seperti mereka memerlukan sepenuh kasih sayang dan perhatian. Kadang kala hanya sebab kek, mereka jadi murung selama seminggu. Tiada selera makan dan ada kalanya buat perangai seolah menunjukkan rasa tidak puas hati & sudah tentu inginkan perhatian.

Nani...oh Nani... berseri-seri wajah Nani apabila permintaannya ditunaikan. "Ya Allah, berilah kekuatan untuk menyayangi anak-anak ini seadanya"."Sebelum makan cuba renung, kasihan budak2x dalam rancangan BERSAMAMU itu...mereka tak dapat makan kek macam Nani. Beruntungnya anak Ummi dapat makan kek...Kena bersyukur dengan Allah, pemberian nikmatNYA yang tidak ternilai."

Thursday, April 24, 2008

+ve dari penceramah buta

Masih sempat untuk saya coretkan sedikit pengalaman apabila tenaga pengajar saya seorang yang cacat penglihatan. Mr Wong telah buta sejak berumur 12 tahun dan beliau merupakan graduan dari UM. Minggu lepas, saya sempat mengikut kelas beliau dalam topik 'Marketing Attitude'. Apa yang menarik, beliau memberi satu persamaan yang cukup bermakna dalam kehidupan kita;

E + R = O

E= Event, R=Response , O=Output. Event merupakan peristiwa berlaku diluar kawalan kita dan semuanya atas kehendak Allah. R ialah bagaimana RESPONSE/ penerimaan kita apabila berhadapan dengan peristiwa dan ujian yang berlaku. Jika R itu tve, maka output akan menjadi +ve. Jika R itu -ve, maka output dan kesudahan yang berlaku adalah -ve.

So, setiap ujian dan cabaran yang berlaku dalam hidup kita; kita perlu ambil dari sudut positif dan berfikiran positif supaya natijahnya juga akan jadi positif. MasyaAllah, Islam dah jar lama cuma kita jarang memikirkannnya

Thursday, April 17, 2008

Allah Selamatkan Adik Azreen


Alhamdulillah... malam tadi jam 9.00mlm adik Azreen selamat tiba di LCCT bersama rombongan penyelamat yang terdiri daripada bapanya , Sdr Alex, PJ Negeri Sembilan; Sdr Zulkifli Mohd Omar dan YB PAroi Hj Taufek Abdul Ghani.

Rombongan telah disambut oleh YB Dato' Husam Musa, AJK Pas Kawasan Rembau, AJK Dewan Pemuda Kawasan Rembau dan Dewan Muslimat Kawasan Rembau dan para wartawan. Semoga kita semua dapat memberi sokongan kepada keluarga adik Azreen ini terutamanya mangsa yang masih trauma dengan peristiwa yang telah berlaku. Semoga Allah memberikan kekuatan kepeda adik Azreen sekeluarga. Terimakasih di atas segala sokongan dan doa semua rakyat Malaysia sehingga misi ini berjaya.

Monday, April 14, 2008

Bantu Ekonomi Mereka

Berikut merupakan beberapa ibu tunggal di sekitar Dun Paroi yang menjalankan aktiviti ekonomi sendiri untuk menampung kehidupan mereka. Diharapkan kita semua dapat memberi sokongan dan marilah sama2x membantu mereka dengan menggunakan produk,perkhidmatan yang ditawarkan.

FACIAL, MENGURUT, SAUNA
Pn Rosnah Ros (0169792367)

PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Pn Laila Kirana (0126566476)

Sunday, April 13, 2008

Persatuan Ibu Tunggal



Program Hi-Tea bersama Ibu tunggal anjuran Dewan Muslimat Pas Kawasan Rembau pada 12 April lepas mendapat sambutan di luar dugaan. Lebih 40 orang ibu tunggal dan ibu yang ditinggalkan telah hadir untuk sama-sama memeriahkan program berkenaan. Seramai 40 orang ibu tunggal telah menerima bantuan barangan dapur yang telah disampaikan oleh isteri YB Paroi, Pn Mahani.

Dalam program tersebut, Pn Mashitah telah dipilih sebulat suara menjadi ketua dikalangan ibu tunggal yang hadir. Pn Sabariah pula dilantik sebagai Tim Ketua untuk membantu melancarkan aktiviti ibu tunggal di sekitar Paroi. Alhamdulillah, persepakatan telah diambil supaya program ibu tunggal ini diadakan secara berkala. Selepas ini kita akan adakan bengkel pengurusan jenazah, bengkel mengurut, memasak dan menjahit untuk membantu ekonomi ibu tunggal.

Program turut dihadiri oleh Ketua Wanita Umno dan AJK yang turut sama memberikan sokongan ke atas program ini.Moga Allah memberikan kekuatan kepada kami untuk meneruskan lagi program ini

Thursday, April 10, 2008

BBS - Bahavior Base Safety mengikut kaedah Islam

2 hari saya sempat menghadiri satu kursus yang agak menarik iaitu BBS - Bahaviou Based Safety. Kursus yang bagi saya berbaloi walapun harganya mencecah RM5K untuk 2 hari course. Mr. Robert Ryan telah memberi penerangan bahawa amat penting untuk menukar behavior menjadi satu habit dengan diri sendiri.

Kaedah yang terbaik ialah mengunakan 'reinforcer' berbanding 'punisher'. Kebanyakan orang suka bertanggapan negatif dalam sesuatu perkara dan suka menggunakan kaedah'menghukum' apabila seseorang melakukan kesalahan. Beliau menyarankan untuk menjadikan BBS ini satu kenyataan, setiap majikan kena berfikiran positif. Banyakkan memberi 'appreciation, reward and award kepada pekerja berbanding penalty, hukuman,marah dan sebagainya

Teringat saya kata-kata Dato' Fazilah Kamsah bahawa untuk mendidik anak2x kena guna 80:20 principles. 20% lebih kepada punishment dan 80% lebih kepada belaian, kasih sayang, prihatin. InsyaAllah, anak akan menjadi cemerlang. Cuma dari segi pekerjaan, majikan kurang mempraktikkan perkara ini. Orang non Muslim dan menerokai perkara ini dan approachnya sama dengan Ialam. Cuma kita sebagai orang Islam tidak mempraktikkannya.

Kesimpulan, CUBA BERFIKIR POSITIF DALAM SEMUA PERKARA & JADILAH MAJIKAN TERBAIK.

Lebih 120 orang hadiri Khidmat Kesihatan Percuma

6 April 2008, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) cawangan Negeri Sembilan sekali lagi telah menabur bakti dengan menganjurkan khidmat kesihatan Percuma (KKP) kepada penduduk Paroi yang diadakan di hadapan padang balai raya Taman Senawang Jaya. Program tersebut telah menarik minat lebih 120 penduduk berbilang bangsa untuk menerima rawatan percuma.Antara rawatan percuma yang diberikan ialah pemeriksaan BMI, tekanan darah dan glukos dalam darah. Di samping itu bekalan ubat percuma turut dibekalkan kepada penduduk seperti vitamin, antibiotic, ubat luka, ubat untuk sakit kulit dan ubat selsema.

Seramai 6 orang doktor telah memberikan khidmat secara sukarela dalam aktiviti AMAL ini. Menurut Pengerusi AMAL cawangan Negeri Sembilan, Mohd Sufian b. Ibrahim, sambutan kali ini amat luar biasa berbanding aktiviti yang dijalankan sebelum ini. Biasanya maksimum pesakit dalam setiap program KKP hanya 80 orang sahaja dan kali ini sambutan dikalangan penduduk cukup baik. Beliau ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Utusan Malaysia yang telah membantu mempromosikan program ini sehingga dapat menarik ramai penduduk untuk lebih terbuka dan berani memeriksa tahap kesihatan mereka. Turut hadir adalah ADUN Paroi , YB Hj Mohamad Taufek Abdul Ghani tanda sokongan di atas kesungguhan AMAL melakukan aktiviti kemasyarakatan. Beliau menyeru NGO-NGO yang lain agar turut sama membantu dan mengerakkan aktiviti kemasyarakatan bagi membantu masyarakat sekeliling yang memerlukan pertolongan.

Program Hi-Tea dan Rahmah Mesra Ibu tunggal bersama YB

Di jemput semua untuk hadir bersama meraikan 30 orang ibu tunggal di sekitar DUN Paroi.

12 April 2008 (SABTU)
2.15 petang
Surau TAman TAsik Jaya, Senawang
* YB ADUN Paroi, Hj Taufek akan menyampaikan sumbangan barangan kepada 30 orang ibu tunggal di sekitar DUN Paroi

Semua dijemput untuk minum petang dan majlis ramah mesra bersama ibu tunggal dan YB yang hadir. Bagi yang ingin menderma untuk meringankan penderitaan ibu tunggal ini boleh hubungi Pn Norwani 013-3851202 atau SU Kerja Pn Zarina 013-3098779

Anjuran: Muslimat DUN Paroi

Friday, April 4, 2008

Free Breast Cancer Talk

Di jemput semua hadir untuk mendengar ceramah tentang 'Breast Cancer' sempena program Khidmat Kesihatan Percuma pada Ahad ini;

Tarikh: 6 April 2008
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Surau Taman Senawang Jaya
Penceramah: Dr. Linda

Semua kaum wanita dijempput hadir untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penyakit barah yang kian kritikal di kalangan wanita.
--------------------------------------------
Barah atau kanser merupakan sejenis penyakit di mana sel tubuh pesakit itu sendiri membiak di luar kawalan dan keupayaan sel-sel tersebut untuk memasuki tisu biologi lain, sama ada melalui pertumbuhan langsung sel bersebelahan atau pemindahan kepada sel jauh (metastasis). Pertumbuhan luar kawal ini disebabkan oleh kerosakan kepada DNA menyebabkan mutasi kepada gen penting yang mengawal pembahagian sel, selain fungsi lain. Salah satu daripada mutasi tersebut, yang boleh diwarisi atau didapati, mampu menyebabkan pembahagian sel luar kawal dan pembentukan tumor ("bengkak" dalam bahasa Latin) merujuk kepada sebarang jisim tidak normal sama ada malignant (barah) atau benign (bukan barah). Hanya tumur malignant mampu memasuki tisu lain atau metastasizing.