Tarikh: 12hb Mac 2011 (SABTU)
Masa: 3.00petang
Tempat : Pasti Al-Hikmah, Taman Tunku Jaafar
- Citra pengerusi
- Dialog bersama Cikgu Mala & Ketua DMPNS
- Pelancaran dana PRU 13 bagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau
- Jualan Amal Muslimat Rembau
Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)
Sebagai ummatnya, adakah hari Maulidur Rasul ini setakat berarak,mendengar ceramah dan menyambutnya secara besar-besaran? Usah kita lupa akan 2 pusaka berharga yg telah ditinggalkan baginda untuk ummatnya. Bila direnungkan semula akan banyaknya musibah, penyakit, gejala dan masalah masyarakat pd masa kini; semuanya disebabkan kita tidak memelihara dan menjaga sebaiknya pusaka tinggalan Nabi Muhammad s.a.w.
Mana mungkin kita terpelihara & selamat didunia sekiranya kita gagal memelihara 2 pusaka berharga ini. Masyarakat hari ini rosak & nazak deangan segala penyakit disebabkan tidak menjaga dengan sebaiknya pusaka tinggalan Nabi. Renung-renungkanlah...
26 Jun 2011 - Jam 4 pagi telah ku rasakan kelainannya…..nak kata sakit, tak sakit. Nak kata keluar tanda, tak ada tanda. Semuanya ‘instinct’ yg Allah berikan sejak anak pertama lagi. Aku mula rasa tak sedap badan sepertimana mengandungkan kak long, kak ngah, Abdullah & Feefa. “ Tak apalah…Beeb pergilah kerja dulu. Petang nanti baru kita pergi jumpa Dr Intan ye”
Beeb ada urusan di tempat kerja dan katanya akan pulang thari nanti. Jam 3.00 petang selepas beeb balik kerja kami terus ke hospital Colombia Asia Seremban. Bila Dr Intan memeriksaku, katanya jalan dah buka 3 cm dan dah boleh terus ke labor room.”InsyaAllah, dah sampai masanya. Paling lewat pun malam nie. Pergi makan dulu, banyakkan berjalan supaya lagi cepat jalan terbuka”, maklum Dr Intan kepadaku. ”Selepas Isyak, saya jumpa Wani semula untuk pecah air ketuban”
Selepas solat Maghrib & Isyak di surau hospital, aku terus ke labor room. Terdengar suara jeritan seorang wanita Cina di bilik sebelah yang kesakitan menunggu kelahiran anak sulung.Aku mula kecut walaupun hakikatnya ini kandungan yg kelima. Aku sempat telefon mak di kampung dan mak mertua di KL. Mohon maaf pada kepada mak & mertua serta minta mereka doakan aku. Jam 9.10 malam Dr Intan berjumpaku dan memeriksa sekali lagi. ”Alhamdulillah... Jalan dah buka 5cm. InsyaAllah, saya akan pecahkan air ketuban. Kalau ada rasa sakit nak meneran, minta nurse panggil saya. Saya tak balik malam ni dan akan tunggu sampai Wani bersalin”, ucapan dr Intan amat melegakan hatiku.
Jam 10.30 mlm Beeb tiba di labor room selepas balik seketika menguruskan anak-anak . Syukur Alhamdulillah, Beeb menjadi peneman setia setiap kali kelahiran. Ku cium dan genggam tangan Beeb, mohon ampun dan maaf. Minta beeb doakan aku kerana sakitnya melahirkan anak ini hanya Allah yg Maha Mengetahuinya. Aku berzikir sebanyak yang mungkin dan menginsafi bahawa segala kesakitan yang ditanggung ini merupakan kafarah penebus dosa di atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Semoga sakit melahirkan anak ini mampu mencuci dosa-dosaku yg lalu dan aku turut bermuhasabah diri memikirkan kesakitan yg pernah ditanggung oleh para Nabi dan sahabat yg berjuang di medan perang dalam menegakan Islam.
27 Jan 2011 - Tepat jam 1.01 pagi, dengan izin Allah lahir seorang lagi mujahid yg diberi nama ’Abdullah Naseh” yg diambil namanya sempena nama Dr Abdullah Nasih Ulwan yg cukup terkenal dengan karangan beliau yang masyhur iaitu ”Pendidikan anak-anak di dalam Islam”.
(Ainul Mardhiyyah, Ainul Hanani, Abdullah Azzam, Ainul Afeefa & Abdullah Naseh)
5 orang anak dalam tempoh 10 tahun perkahwinan memeriahkan lagi keluarga Mohamad Hakki Bawadi. ”Mmmm tinggal seorang lagi untuk cukup 6 orang. Kalau dapat 7 orang consider bonus”, Beeb tersenyum bangga menjadi Babah kepada 2 orang mujahid & 3 orang mujahidah.