Tuesday, August 25, 2009

4B dalam pemilihan makanan

Saya pernah bicarakan tips 4B dalam proses pemilihan makanan ini terutamanya dalam bulan Ramadhan. Buat para isteri, jika mampu masak; LEBIH BAIK masak sendiri. Elakkan membeli diluar kerana acapkali kita terlepas pandang faktor 4B ketika membeli.

B- Beriman (carilah peniaga yang beriman. jika mereka berniaga di bazar Ramadhan pernahkah kita terfikir bila mereke solat Asar jika basar telah dibuka seawal jam 3petang? Adakah peniaga menutup aurat? Adakah peniaga berkuku panjang? jika si peniaga lelaki, adakah di merokok? memakai gelang dan rantai besar ala mat rock? berambut panjang yang tak terurus )

B- Bersih (lihatlah sekeliling gerai. Cara penyediaan, cara pemakaian si peniaga, cara pembungkusan dll)

B- Berzat (pastikan makanan yang dibeli berkhasiat. Kurang lemak, kurang kolestrol, kurang gula)

B- Berkualiti (pastikan makanan yang dijual itu setanding dengan harganya. Jika mee kari ada kerangnya. Jika mee sup ada daun supnya. Jika kuih seketul 40sen, sesuai dengan saiznya)

Doa buat Kartika Sari Dewi


Meskipun saya tidak mengenali siapakah Kartika Sari Dewi Shukarno sebelum ini namun pabila berita mengenai hukuman yang bakal dikenakan kepadanya menarik perhatian saya untuk mengikuti kisah beliau. Di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini saya doakan semoga hajat dan keinginan Kartika menjadi kenyataan. Saya doakan agar Allah mengurniakan taufik hidayah, kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada Kartika untuk merubah dirinya menjadi wanita yang solehah. Yakinlah Kartika, meskipun seluruh isi alam tidak mendengar rintihan dan niat dihati Kartika; namun yakinlah Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar setiap keluahan dan keiginan,kesungguhan hamba-hambaNya.

Jelas beliau kesal dengan apa yang telah berlaku.... Beliau mahu hukuman yang diterimanya menjadi pengajaran kepada umat Islam yang lain. Ramai yang bersimpati kepada beliau namun beliau sedih dan lebih simpati kepada diri sendiri kerana gagal/tidak dapat menjalani hukuman tersebut. Beliau rela dihukum, disebat didunia berbanding menerima hukuman yang cukup hebat di akhirat kelak. Kesungguhan beliau dalam meneruskan niatnya untuk menerima hukuman tersebut wajar diajadikan pengajaran. Ramai antara kita yang takut untuk dihukum, disabitkan kesalahan dan rela merayu untuk tidak dihukum pabila melakukan kesalahan. Bukan seorang sahaja wanita Islam di Malaysia ini yang pernah minum arak. Mungkin ramai tetapi tidak kena tangkap seperti Kartika. Sikapnya yang mengaku akan kesilapan yang lalu wajar dicontohi terutamanya untuk golongan wanita yang pernah tersasar, terbabas, terlanjur dengan godaan dunia.

Sesungguhnya Allah Maha pengampun, Maha penerima taubat dan Maha penyayang. Allah menyifati diri-Nya di dalam Al Qur’an bahwa Dia Maha pengampun lagi Maha penyayang hampir mendekati 100 kali. Allah berjanji mengurniakan nikmat taubat kepada hamba-hamba-Nya di dalam sekian banyak ayat yang mulia.

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Allah menginginkan untuk menerima taubat kalian, sedangkan orang-orang yang memperturutkan hawa nafsunya ingin agar kalian menyimpang dengan sejauh-jauhnya” (QS. An Nisaa’ [4] : 27)

Allah ta’ala juga berfirman (yang artinya), “Dan seandainya bukan karena keutamaan dari Allah kepada kalian dan kasih sayang-Nya (niscaya kalian akan binasa). Dan sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha bijaksana” (QS. An Nuur [24] : 10).

Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya Tuhanmu sangat luas ampunannya” (QS. An Najm [53] : 32). Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Rahmat-Ku amat luas meliputi segala sesuatu” (QS. Al A’raaf [7] : 156)


Tahniah kepada semua petugas NS

Jam 6.30 petang semalam saya menerima sms daripada Pn Masitah yang bertugas di Permatang Pasir. Katanya Pas menang dengan majoriti 4000+++. Alhamdulillah, tahniah kepada semua petugas dan jentera Pilihanraya PAs NS yang bertugas dan bertungkus lumus disana. Semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala, kemurahan rezeki dan keberkatan serta keredhaan berpanjangan di dalam kehidupan.

Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

Bersedekah menjamin keberkatan REZEKI

Alhamdulillah, pagi tadi saya sempat sms seorang kawan untuk mewar-warkan program Jejak Ukhuwah Ramadhan. Tak sampai 5 minit beliau bersetuju untuk memberi sumbangan barang an dapor kpd anak yatim dan fakir miskin. MasyaAllah, meskipun saya tidak berapa rapat dengan beliau namun beliau merupakan antara penyumbang /penderma yang tidak pernah mengatakan TIDAK setiap kali saya menghantar sms dan sebagainya.

Mungkin berkat keihlasan beliau yang sentiasa menderma membuatkan rezeki beliau semakin bertambah. Sering kali juga saya berhadapan dengan manusia kaya namun agak sukar memberi dan jika telah memberi, disebut-sebutnya entah berapa kali. Saya raikan sesiapa sahaja yang ingin menderma, menyumbang, bersedekah kerana saya hanya menjadi orang perantara untuk menyerahkan kpd yang layak menerima. Pernah satu ketika saya menerima sumbangan RM2000 dari seorang penderma yang tidak say kenali untuk disalurkan sempena bulan Ramadhan. Kepercayaan dan kesungguhan yang telah diletakkan oleh para penderma kpd saya untuk menguruskan sumbangan ini setiap tahun amat saya hargai.

Saya lihat majoriti penderma yang selalu memberi sedekah, rezekinya semakin bertambah. Itulah yang dinamakan BERKAT. Ada tiga tanda keberkatan pada rezeki seseorang itu:-

1. Rezeki itu membawanya kepada keadaan yang lebih baik. Semakin banyak rezeki semakin pemurah, semakin selalu ke Mekah, semakin menunaikan zakat. Ramai orang yang semakin ada rezeki semakin jauh dari Allah. Semakin kaya semakin semakin sombong dan sebagainya.

2. Semakin ada rezeki semakin tenang jiwa. Ini kerana keperluan kita telah dicukupkan. Orang yang hilang keberkatan pada rezekinya tidak akan rasa tenang. Ramai orang yang mencarinya pun tidak tenang, mencarinya takut tak dapat. Dah dapat pun tak tenang, dah dapat takut hilang, membelanjakannya pun tak tenang, membelanjakannya takut habis. Akhirnya, rezeki bukannya membawa ketenangan tetapi semakin merungsingkannya.

3. Rezeki yang ada keberkatan membawa kepada kecukupan. Orang yang hilang keberkatan rezekinya, semakin banyak semakin rasa tak cukup. Semakin ada rumah semakin nak rumah lagi. Ini yang Nabi saw sebut

“jika anak Adam ada dua lembah dari emas maka dia akan tetap mengharapkan yang ketiga (kerana rasa kurang) dan tidak akan mencukupkan perut anak Adam melainkan tanah (kematiannya)”

Moga kita menjadi golongan yang pemurah dan senantiasa bersedekah di bulan yang mulia ini

Friday, August 21, 2009

Program Jejak Ukhuwah Ramadhan

Ruj. Kami : DMPKR/2009/Ogos/01


Tarikh : 17hb Ogos 2009


Kepada :

Badan-badan NGO, Syarikat swasta dan Individu Perseorangan


Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera ,


Dato’/Datin/Tuan /Puan/Encik/Cik,

PERMOHONAN SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1430 H


Merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan Dewan Muslimat Kawasan Rembau dengan kerjasama Dewan Pemuda Kawasan Rembau dan Lajnah Kebajikan Kawasan Rembauakan melaksanakan program Jejak Ukhuwwah Ramadhan untuk memberi sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di seluruh Kawasan Rembau menjelang Ramadhan yang akan datang. Sehubungan dengan itu pihak kami akan melancarkan PROGRAM JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1430 H seperti berikut;



Siri 1 serahan Tarikh : 23 Ogos 2009

Siri 2 serahan Tarikh: 29 & 30 Ogos 2009

Siri 3 serahan Tarikh: 5 & 6 September 2009

Siri 4 serahan Tarikh : 12 & 13 September 2009


2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak kami mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan dan wang ringkit bagi membantu meringankan penderitaan anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Marilah kita bersama-sam merebut peluang Ibadan ini dengan menyumbang kepada mereka supaya bersama merasai kegembiraan menyambut Ramadhan dan Hari Lebaran.Segala edaran akan dibuat


3. Segala bentuk sumbangan akan mula dikumpulkan bermula 20 Ogos 2009 sehingga tarikh penyerahan iaitu pada akhir Ramadhan 1430H. Semua barang keperluan ini akan mula diedarkan ke rumah-rumah penerima sumbangan bermula 23 Ogos sehingga 13 September 2009. Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan amat dihargai dan semoga segala sedekah/derma dan amal jariah kita lakukan menjelang bulan Ramadhan yang akan datang mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Semoga usaha yang sedikit ini kami doakan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT.


Kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.


Yang benar,

_________________________

Puan Hjh Masitah bt Ali

Setiausaha Dewan Muslimat Kawasan Rembau

Email: halwan9@yahoo.com




PROGRAM JEJAK UKHUWWAH RAMADHAN 1430 H

Saya dengan ini bersetuju untuk memberi sumbangan untuk disedekahkan / disumbangkan kepada anak yatim /ibutunggal /fakir miskin/ golongan kurang upaya di dalam Kawasan Rembau. Saya dengan ini menaruh kepercayaan bahawa hasil sumbangan saya ini akan diuruskan agihannya oleh Dewan Muslimat Kawasan Rembau, Dewan Pemuda Kawasan Rembau

Senarai Barang yang ingin saya sumbangankan ialah:- (sila tandakan ü dalam kotak)

No

Barangan

Sila tandakan ü

Kuantiti sumbangan

1

Garam ( 1peket – RM0.50)



2

Gula (1 kilo – RM1.50)



3

Tepung (1 kilo – RM 2.80)



4

Biskut lemak (1 peket – RM2.50)



5

Susu tin (1 tin – RM2.20)



6

Teh (1 peket – RM3.50)



7

Kopi (1 peket – RM3.50)



8

Kicap ( 1 botol – RM2.50)



9

Minyak masak /kelapa

(1 peket – RM2.50)



10

Minyak masak/kelapa

(3 kilo – RM7.00)



11

Beras (5 kilo – RM 15.00)



12

Beras (10 kilo) – RM 28.00



· Sumbangan anda boleh berbentuk wang ringgit mahupun barangan keperluan untuk sambutan Ramadhan dan Hari Raya

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi wakil-wakil yang dilantik iaitu;

Pn Norwani ( Penyelaras Program ) – 013-3851202

Tn. Hj Roni ( Pengerusi Lajnah Kebajikan Rembau) – 012-2268230

Sdr. Rozmal ( Timb. YDP Rembau) – 012-2267406

Sdr Sufian (DUN Paroi ) – 013-3589328
Sdr Zamri (DUN Kota ) – 012-3513434
Sdr Syed Ahmad Johari ( DUN Chembong ) – 019-2628051
Tn Hj Shukri (DUN Rantau ) – 019-6210677

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :

  1. DEWAN MUSLIMAT KAWASAN REMBAU No. Akaun : 5012010061653
  2. DEWAN PEMUDA KAWASAN REMBAU , No Akaun : 05012010065457 Bank Islam Malaysia Berhad
  3. Ustaz Mohd Nazri Yusof 0193457690 , Akaun CIMB 05060082146527
  4. Tn Hj Abd Roni Rahim 0122268230 , Akaun Maybank 155127000141
  5. Sdr Hamizi Ahmad 0122832458 , Akaun BSN 0511229878928137