Mutiara kata yang indah... titipan untuk jiwa dan minda. Forum berbicara dan berkongsi rasa untuk insan yang memahami erti kasih,sayang dan cinta kepada Ilahi dan alam semesta.Hubungi saya untuk sebarang pertukaran maklumat,info dan perkongsian pengalaman di halwan9@yahoo.com atau 013-3851202 (Nur Wani)
Friday, March 27, 2009
Antara ayah dan Bukit Gantang
Ya Allah, moga Allah memelihara kami semua. Moga Engkau sembuhkan ayah dan izinkan aku laksanakan tugas ini keranamu YA Allah. Ameen.
Tuesday, March 17, 2009
Mujahid zaman moden
Selepas membaca buku Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden, saya rasa bersemangat dan berdoa semoga Allah kurniakan zuriat Mujahid akhir zaman kepada saya sekeluarga. Nama-nama besar seperti Syeikh Ahmad Yassin, Dr. Abdullah Yusuf Azzam, Abdullah Nasih Ulwan, Al-Rantisi dan pelbagai tokoh lagi membuatkan saya berazam moga Allah permudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak.
Bagi mereka yang tercari2x nama anak lelaki, bolehlah membaca buku ini dan memilih nama-nama indah mujahid akhir zaman yang akan dikenang dan diingati oleh generasi akan datang. Saya maklumkan kepada suami, "kita sudah anak bernama Abdullah Azzam dan anak yang seterusnya saya hendak letak nama Ahmad Yassin. Nama yang saya pilih untuk anak sulung lelaki yang pertama. Suami pula inginkan Abdullah Azzam dan Abdullah Nasih Ulwan. InsyaAllah, moga Allah tambahkan rezeki kami dan kurniakan zuriat yang soleh dan solehah kepada kami dan sahabat2x semua.
KKP Kembali lagi
Tarikh: 22 March 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Kg. Baru Paroi
Detik cabaran
setiap denyut nadi debaran ku rasa
setiap saat mata merenung gelisah nan melanda
bila detik cabaran menerobos perasaan
detik itu datang lagi...
meruntun rasa hiba di dada
mengelapkan ketenangan di jiwa
melenyapkan setiap butiran kata
hingga aku hanya mampu berfikir
detik cabaran yang datang bertimpa
detik itu menerjah lagi..
menguji perasaan dan hati
mendidik kesabaran diri
merendah , merenung sanaburi
dimana kesilapan yang mungkin ku selami
mengimbau wajah-wajah ceria
tak mampu ku lafazkan bicara
kalimah yang tersilap kata
detik itu mengundang ucapan
namun lidah kelu mendengar keluhan
tak mampu untuk ku tahan
namun tak mungkin untuk ku hamburkan
sebuah kemelut yang membinggungkan
menguji kesabaran dan kekuatan
Moga Allah berikan pertolongan
Kuatkan azam hadapi detik cabaran
Setiap ketika dan saban waktu
PadaMu yang Satu
Ku serahkan keputusanku
Nukilan
mutiara 16/03/09
Friday, March 13, 2009
Bercuti sebelum CUTI
Kenangan bersama suami di Puncak Gunung Mat Cincang
Anak-anak cukup seronok apabila dibawa melawat Water World dan melihat pelbagai spesis hidupan laut yang unik. Masing-masing cukup teruja melihat penguin, anjing laut dan spesis ikan yang cukup besar. Maha Suci Allah diatas KebesaranNya menjadikan setiap kehidupan.